Selasa, 16 Mac 2010

Anak-anak A

Sekarang anak-anak ayam yang besar ni je yang tinggal kat rumah. Itupun masih duduk bawah perut ibu lagi. Ramai orang mintak nak beli tapi saya tak jual anak kecik macam ni. Tak tahu lagi besar sikit jadi macamana jadi tu yang saya tak berani nak jual lagi....Ada 5-6 ekor anak yang sebaya dengan ni. Baka yang saya guna ialah baka dari wan sabri. Baka ni makan ni selalunya masuk kategori muda baru sedap tengok.

Anak B Tok Uban

Anak ayam tok uban. Bapak dan induk bukan tok uban tetapi kuar anak jadi tok uban. Mungkin kerana darah bapak dan induk yang bercampur-campur (mat awang, Hussin serta limbat) membuatkan anak jadi tok uban.

Isnin, 15 Mac 2010

Serama oh Serama

Saya baru mendapat sms dari kawan-kawan memberitahu harga ayam serama mahal. Saya mengatakan ayam serama tidak mahal kerana kalau pergi kat kedai jual ayam sekitar RM 50.00 dan mungkin RM80.00-RM100.00 sepasang. Rasanya tak mahal dan mampu beli. Bagaimana pula harga sampai RM 10k... Jika kita melihat harga ayam yang diketegori RM 10k adalah dari ayam Tercantik maka harga yang seumpama itu adalah bersesuaian dengan nilainya. Untuk makluman peminat-peminat ayam serama bukanlah perkara yang mudah bagi mendapatkan seekor ayam yang cantik seperti Submarine, Ayam Man Storm atau ayam Halim Kemboja dan beberapa ekor lagi ayam yang diketegori seperti itu amat sukar untuk mendapat duplicate meskipun mempunyai jalinan baka yang sama. Itulah keunikan ayam serama tak mempunyai persamaan. Lalu jika ada seekor ayam yang cantik maka hargapun cantik. Kalau bertanya pada saya kenapa anak A sampai harga 1k lebih maka saya tak ada jawapan. Cuma saya nak beritahu anak A kecik dan boleh berubah lagi.... Atas keberanian pembeli utk membeli dengan harga seumpama itu dan baiknya jangan pulak jadinya seperti kata perpatah rumah siap pahat pula berbunyi. Membeli anak ayam banyak rasiko jadi masa nak beli tepuk dada tanya selera. Mampu beli ....tak mampu jangan beli. Saya tak ndak ulas panjang lebar kerana kalau dalam forum seperti yahoo group ayam serama banyak berbincang perkara seperti ini. Baiknya kita berbincang bagaimana nak standard akan ayam serama supaya berada di atas kelasnya yang tersendiri seperti burung merbok.

Leni saya telah mencuba dengan beberapa ekor bapak dan induk yang berbeza tetapi antara bapak dan induk mempunyai jalinan darah yang hampir sama. Hasratnya satu iaitu nak dapatkan ayam yang lebih cantik dari ayam yang pernah tengok. Ada 7 induk sedang membawa anak dengan 5 anak satu induk. Saya akan terus menggunakan beberapa kaedah breeding dan akan saya catatkan kaedah yang paling hampir untuk menghasilkan ayam yang cantik.

Sabtu, 13 Mac 2010

Sedikit perkongsian

Salam semua


Lama sudah tak tulis dalam blog ini artikel yang kita kongsi bersama. Keadaan kerja yang busy sikit menjadikan saya tak sempat untuk menulis dalam blog ni. Hari ni saya nak berkongsi sedikit pengalaman tentang kaedah breeding. Saya banyak melawat dekat reban-reban otai serama dan dikalangan mereka ini boleh dikatakan memiliki baka sendiri iaitu baka yang telah diproses kat reban mereka. Dari permehatian saya kebanyakkan baka-baka mereka mempunyai tradmark yang tersendiri dari segi gaya atau aksesori.... Yang hendak saya tulis disini ialah tentang ayam-ayam yang chasis lari seperti ekor atau tulang rusuk....ayam-ayam ni semasa anak A cukup cantik tetapi apabila meningkat remaja kecacatan ayam ini mula nampak. Dari hasil penelitian saya salah satu faktor yang boleh menjadi anak-anak ayam lari chasis disebabkan pembakaan. Biasanya otai serama yang mempunyai baka tersendiri tidak berapa suka untuk  mencampuraduk dengan baka lain kerana takut hilang identiti...Mengikut kajian bila baka yang ada kat reban terlalu dekat maksudnya tiap-tiap ayam yg ada kat reban adalah darah yang sama dan amat dekat.... Apabila terlalu dekat selalunya ayam mudah lari chasis...ayam mungkin nampak kecik tetapi rasiko kecacatan amat tinggi.... Saya sebenarnya suka kepada baka tetapi saya akan memastikan yang saya tidak membeli ayam adik beradik ataupun dari darah yang dekat...Saya akan cuba masukkan baka yang sama tapi bukan dari reban yang sama.....Hanya ini perkongsian yang dapat saya kongsikan . Apa yang saya tulis ini berdasarkan pengalaman saya....Anak B masuk remaja itulah hasilnya.

Induk Dara

Induk dara ni dah mula tunjuk bakat....anak saudara dari baka man storm...cuma warna tak berapa comel...

Anak A dah jadi Anak B

Ini gambar terbaru anak A. Sekarang dah jadi anak B tetapi tak bergaya lagi. Remaja dengan anak B ni adalah dari bapak yang sama tetapi induk yang berlainan. Ada perbezaan sebab induk ini anak lambat tunjuk bakat.

Anak B dah Masuk Remaja

Ini gambar terbaru anak B ara. Sekarang remaja. Penuh ekor boleh main.