Ahad, 12 Jun 2011

Cara saya breeding

Salam


Sudah lama saya tidak menulis dalam blog ini. Bukan menghilangkan diri atau tak main lagi dah ayam serama tetapi kesempatan masa untuk saya menulis dalam blog amat terhad kerana tuntutan kerja yang tak habis-habis. Kat rumah nak jamah komputer tak sempat kerana banyak komitmen lain yang perlu didahulukan. Apa yang hendak saya kongsi bersama adalah berkait dengan cara breeding yang saya buat pada ayam-ayam saya. Kita seringkali mengeluh kerana ayam-ayam yang kita buat acuan kat rumah seringkali tersasar dari kehendak kita. Maksudnya ayam-ayam itu tak menjadi. Keadaan sebegini membuatkan kita menjadi hilang selera untuk memelihara ayam kerana ayam-ayam yang ada kat rumah kita  menjadi panjang, belok dan pelbagai lagi. Ekoran dari itu kadang-kadang kita membuang baka ini dan dapatkan baka baru. Kalau yang mempunyai belanja lebih sikit mengkin itu tak berapa menjadi masalah untuk menukar induk atau bapak-bapak lain. Saya nak syerkan kepada kekawan yang tidak mempunyai kuasa membeli yang tinggi tetapi mempunyai minat yang mendalam untuk memelihara ayam serama. Hanya yang perlu ada semangat jangan putus asa.

Bebalik kaedah breeding saya. Saya memiliki pelbagai bapak-bapak dari pelbagai baka tetapi saya tak amik induk-induk dari mana-mana reban kecuali reban saya sendiri kerana saya amat percaya kepada induk-induk saya kerana memiliki aksesori yang agak lengkap tetapi  sedikit kekurangan gaya. Sebab itu saya amik banyak bapak-bapak untuk test dgn induk saya. Ternyata hasil yang pertama tak menjadi maksudnya tak secantik bapak atau secantik induk...jantan banyak saya sembelih tetapi yang induk saya simpan dengan memilih cuting yang agak menarik termasuk warna yang cantik kuning dan ara. Dalam pada anak-anak tina yang nampak sikit cutting yang menarik saya masuk balik dengan bapak-bapak mengikut aliran darah (anak masuk dengan bapak baka yang sama). Untuk keluaran lapisan ini selalunya anak jantan dah nampak cutting walaupun tak secantik bapak tetapi irasannya ada. Kalau mengikut amalan yang dibuat oleh penternak-penternak dahulu breeding sebegini akan diteruskan lagi sehinggalah peringkat anak, cucu dan cicit yang bertina dimasukkan semula dengan bapak. Mengikut cara saya ianya tidak lagi mengikut kaedah anak cucu cicit tetapi daripada anak-anak tina akan saya breed balik anak-anak dari bapak lain mengikut warna apa yang saya hendak . Contoh kalau saya masuk bapak kuning dgn induk kuning maka anak 80% akan keluar kuning dan seekor dua je akan warna lain tetapi cutting akan ada persamaan dengan bapak asalnya dahulu. Inilah cara breeding yang sedang saya lakukan. Hasilnya dapat dilihat pada anak-anak kuning saya walaupun taklah secomel mana tetapi ada perubahan dah. Oleh itu kepada peminat-peminat diluar sana jangan cepat berputus asa kerana memelihara ayam serama tidaklah semudah memelihara kucing atau burung merpati kerana kalau breed dengan kucing bulu lebat maka anak akan keluar bulu lebat tetapi ayam serama lain walaupun kita mempunyai sepasang dari baka juara maka anak tidak semestinya akan keluar sebagai juara. Sebab itulah peminat tegar ayam serama mengatakan memelihara ayam serama memerlukan kesabaran yang tinggi tetapi amat menghiburkan jika tiba-tiba keluar dari reban kita ayam cantik.

Hanya sekadar itu sahaja yang boleh saya kongsikan dan apa yang saya tulis ini adalah dari kaji dan buat saya sendiri kepada ayam-ayam serama saya. Sekiranya mahu penjelasan yang lebih jelas bolehlah datang sembang-sembang ke reban saya.