Rabu, 4 Jun 2014

Persaingan Yang Sihat

Salam

Hari ini terasa nak menulis sikit dalam blog ini kerana masa ini sedang mengadakan kursus Membina Blog jadi ruang yang ada saya paparkan berkait cerita ayam serama.Hari ini saya melihat sambutan kepada ayam serama begitu hangat dimana pertandingan ayam serama sudah menular ke berapa buah negeri. Itu perkembangan yang baik kepada peminat ayam serama.

Kesenian dan kecantikkan ayam serama telah menarik minat sahabat-sahabat kita dari Indonesia untuk sama-sama menghayati kecantikkan ayam serama. Dimaklumkan bahawa mereka sanggup  datang ke Malaysia untuk  sama-sama memiliki ayam serama dari para penternak ayam serama yang berda di Malaysia. Bagi saya itu adalah hasil usaha rakan kita dari Malaysia yang sanggup mempromosikan ayam-ayam serama dengan berbagai saluran seperti blog-blog dan juga laman sembang seperti Facebook dan Twiter. Tahniah saya ucapkan kepada sahabat-sahabat yang tak henti-henti untuk berkongsi maklumat melalui kemudahan yang mereka ada berhubung ayam serama.

Suasana begini telah saya rasai diawal permulaan saya bermain ayam serama sekitar tahun 1998 dimana saya selalu saja mencari atikel yang berhubung ayam serama melalui internet atau datang berjumpa pemilik-pemilik ayam serama terutamanya dari Kelantan yang mengikut catatan ayam serama bermula di Kelantan. Saya masih ingat lagi bagaimana peminat-peminat baru jika ada terdengar ada ayam yang cantik maka berlumba-lumbalah datang untuk melihat dan kadangkala sanggup menawarkan harga yang cukup tinggi untuk memilikinya. Tidak dikira lagi jika ayam tu memenangi pertandingan maka ramai juga untuk mendapat baka-baka dari ayam yang memenangi itu. Dalam pada itu ada juga segelintir penternak ayam serama mengambil kesempatan untuk menipulisasi tentang ayam-ayam yang ada kat rebannya. Seolah-olah menjadi satu trend apabila ada ayam yang johan akan dikaitkan dengan ayam kat reban dengan mengatakan ini baka-baka yang sama dengan yang johan. Mungkin untuk mendapat sedikit biasan maka ramai yang mengaku mempunyai hubungkait yang dekat seperti bapak yang johan sama dengan kat reban atau pun induk dikatakan sama dengan induk si johan. Itulah sebahagian dari apa yang pernah dijumpai oleh peminat-peminat ayam serama.

Berbalik dengan apa yang hendak saya utarakan ialah persaingan yang sihat.  Maksud persaingan yang sihat ialah kita sama-sama untuk menghasilkan ayam serama yang berkualiti dengan menggunakan ayam-ayam kat reban kita. Ada orang membeli ayam kat reban orang lain tapi bila cantik  mengaku ayam dari reban sendiri. Itu dinamakan menipulisasi fakta. Ada orang yang mengutip ayam kemudian mengatakan bahawa ayam sendiri dengan melebelkan inilah anak-anak ayam ini adalah bakanya. Apapun terserah kepada nawaitu masing-masing kerana ketidakjujran boleh menjejaskan rezeki yang diperolehi suci atau sebaliknya.

Sekian terima kasih.

Jumaat, 11 April 2014

Bertanya Kabar

Ada saorang sahabat bertanya kepada saya kenapa serama kita lama tak update blog. Sebenarnya saya sekarang sibuk dengan bebanan kerja yang selalu saja kurang bermain dengan alam maya. Kesibukan ini bukan bermakna saya tak lagi membela ayam serama malah 'lening koho' ramai ayam. Makanan hok 25 kilo dok sampaipun 10 hari dah habis. Ini bermakna saya masih lagi setia dengan hobi ini...sejak 1998 hingga ke hari ini saya tak bertukar lagi hobi lain. Cuma kekadang tu rasa bosan sebab ayam yang 'kuar' tak yang kita harapkan. Orang lama pernah berpesan kunci kejayaan adalah kesabaran dengan usaha yang dilakukan. Bercakap tentang kesabaran disini saya ingin berkongsi sedikit pengalaman. 

Sudah menjadi kebiasaan buat peminat2 ayam serama yang tidak suka mengambil masa yang lama untuk mendapatkan hasil yang terbaik. Seakan kita tidak percaya kepada ayam-ayam direban kita sendiri dan sanggup kita mencari ayam-ayam dari reban-reban lain kerana reban itu mempunyai ayam yang cantik. Itulah yang terjadi kepada peminat ayam serama. Nasihat saya berdasarkan pengalaman ialah jangan terlalu cepat sangat untuk bertukar baka dengan secara tidak langsung kita cuba mengenepikan baka direban kita. Boleh kita untuk mencampur baka tapi kena tahu atau kena asing dari baka asal kita. Contoh yang saya beri ialah sami gila. Asalnya sami gila mempunyai kelemahan berkait dengan kepala balung tapi pemilik telah mengubah untuk mendapatkan balung yang cantik, pemilik telah mencari bapak dari baka yang lain yang mempunyai balung yang cantik dengan menggunakan induk dari sami gila. Walaubagaimanapun teknik ini perlu kepada penelitian yang rapi dan bukan sekali 'cros' terus menjadi ianya memerlukan 'pemilihan paten' dengan merapatkan darah yang asal.

Apa jua pun yang kita lakukan adalah mempunyai matlamat untuk menghasilkan ayam yang cantik.

Sekian sekadar bertanya khabar dulu.


Isnin, 3 Disember 2012

Kopi O Terengganu




Johan Remaja


Johan remaja di MAHA baru-baru ini. Ayam ini milik Wan Hanafi Seri Baruh. Terbaru sudah dijual ke Indonesia

Rabu, 8 Februari 2012

Darah Lawan

Salam semua

Rasa lama tak menulis dalam blog ni. Ramai kawan-kawan bertanya blog serama kita lama tak aktif. Saya sudah lama hendak menulis tentang etikal ini walaupun sekitar tahun 2000 banyak diperkatakan tentang isu ini iaitu darah lawan. Maksud darah lawan ialah ayam yang mempunyai ciri-ciri ayam yang bila atas meja terus memperlihatkan aksi-aksi ayam yang bergaya. Bunyi macam biasa aje tetapi bagi para penternak yang telah 10 tahun lebih memelihara ayam serama akan mengambil berat untuk memiliki ayam-ayam yang mempunyai darah lawan. Pernah kita bila pergi ketempat pertandingan akan dapat dilihat aksi-aksi ayam atas meja. Ada yang bergaya dengan sayapnya berkibas-kibas dan kepala turun ke pangkal ekor dan sayap mencecah lantai dan berjalan-jalan. Ada pula ayam yang bila letak atas meja terus duduk diam saja. Ada juga yang mematuk karpet. Itu tak kira lagi ayam yang bila letak atas meja terus terjun. Pelbagai aksi yang dapat dilihat dimeja pertandingan. Saya teringat kata-kata penternak ayam yang tersohor di Kelantan iaitu saudara Mat Awang sekitar tahun 1999 bila saya duduk bersama dia ditempat pertandingan telah melontarkan kata-katanya itulah penting mencari ayam yang darah lawan meja. Ramai yang tidak menyedari hakikat sebegini. Begitu juga bila kita pergi ke reban-reban penternak kita melihat ayam-ayam yang dipamerkan cukup hebat tetapi apbila ayam ini dibawa ke pertandingan ayam ini tak buat kerja. Main duduk diam je. Kenapa bila kat rumah bergaya tapi bila dalam pertandingan tak buat. Lain tidak lain adalah ayam itu bukan dari darah lawan meja. Ini penting buat yang ingin mencari ayam untuk pertandingan. Saya terpanggil untuk menyebut nama Haji Iskandar (Serama Keramat) yang bila beli ayam akan bertanya susur galur ayam dengan lebih terperinci. Bukan cerewet tetapi dia mungkin tidak mahu ayam itu ada darah bukan lawan. Dalam posting saya ini tidak akan dihuraikan nama baka-baka yang jenis lawan atau sebaliknya kerana ini bukan maksud saya menulis untuk menilai nama-nama pembaka cuma hendak memberi maklum kepada peminat-peminat yang baru menceburi hobi ayam serama. Pernah seketika 2-3 tahun yang lepas kawan saya membeli anak ayam B. Kat rumah bukan main lagi tarik dan bergaya tetapi bila kat game terus duk diam je. Ini banyak yang selalu orang kena....masa beli ayam bukan main cantik lagi dalam sangkar. Oleh itu kepada peminat-peminat ayam yang ingin membeli ayam pentingnya kena tahu juga susur galur walau sekarang ini ayam sudah bercampur-campur tetapi kena ambil maklum tentang salsilah ayam. Hanya sekadar ini apa yang hendak saya kongsi sedikit pengalaman saya sepanjang permeliharaan ayam serama.