Rabu, 8 Februari 2012

Darah Lawan

Salam semua

Rasa lama tak menulis dalam blog ni. Ramai kawan-kawan bertanya blog serama kita lama tak aktif. Saya sudah lama hendak menulis tentang etikal ini walaupun sekitar tahun 2000 banyak diperkatakan tentang isu ini iaitu darah lawan. Maksud darah lawan ialah ayam yang mempunyai ciri-ciri ayam yang bila atas meja terus memperlihatkan aksi-aksi ayam yang bergaya. Bunyi macam biasa aje tetapi bagi para penternak yang telah 10 tahun lebih memelihara ayam serama akan mengambil berat untuk memiliki ayam-ayam yang mempunyai darah lawan. Pernah kita bila pergi ketempat pertandingan akan dapat dilihat aksi-aksi ayam atas meja. Ada yang bergaya dengan sayapnya berkibas-kibas dan kepala turun ke pangkal ekor dan sayap mencecah lantai dan berjalan-jalan. Ada pula ayam yang bila letak atas meja terus duduk diam saja. Ada juga yang mematuk karpet. Itu tak kira lagi ayam yang bila letak atas meja terus terjun. Pelbagai aksi yang dapat dilihat dimeja pertandingan. Saya teringat kata-kata penternak ayam yang tersohor di Kelantan iaitu saudara Mat Awang sekitar tahun 1999 bila saya duduk bersama dia ditempat pertandingan telah melontarkan kata-katanya itulah penting mencari ayam yang darah lawan meja. Ramai yang tidak menyedari hakikat sebegini. Begitu juga bila kita pergi ke reban-reban penternak kita melihat ayam-ayam yang dipamerkan cukup hebat tetapi apbila ayam ini dibawa ke pertandingan ayam ini tak buat kerja. Main duduk diam je. Kenapa bila kat rumah bergaya tapi bila dalam pertandingan tak buat. Lain tidak lain adalah ayam itu bukan dari darah lawan meja. Ini penting buat yang ingin mencari ayam untuk pertandingan. Saya terpanggil untuk menyebut nama Haji Iskandar (Serama Keramat) yang bila beli ayam akan bertanya susur galur ayam dengan lebih terperinci. Bukan cerewet tetapi dia mungkin tidak mahu ayam itu ada darah bukan lawan. Dalam posting saya ini tidak akan dihuraikan nama baka-baka yang jenis lawan atau sebaliknya kerana ini bukan maksud saya menulis untuk menilai nama-nama pembaka cuma hendak memberi maklum kepada peminat-peminat yang baru menceburi hobi ayam serama. Pernah seketika 2-3 tahun yang lepas kawan saya membeli anak ayam B. Kat rumah bukan main lagi tarik dan bergaya tetapi bila kat game terus duk diam je. Ini banyak yang selalu orang kena....masa beli ayam bukan main cantik lagi dalam sangkar. Oleh itu kepada peminat-peminat ayam yang ingin membeli ayam pentingnya kena tahu juga susur galur walau sekarang ini ayam sudah bercampur-campur tetapi kena ambil maklum tentang salsilah ayam. Hanya sekadar ini apa yang hendak saya kongsi sedikit pengalaman saya sepanjang permeliharaan ayam serama.

Selasa, 3 Januari 2012

Remaja

Ayam remaja yang dah nak masuk muda. Bercadang untuk game bulan februari ni. Ayam tak usik langsung musim hujan ni sekadar bagi makan je.Lepas ni bila panas sikit baru nak mandi-mandi. Sekali sekala masa kucing melintas ada juga hok comel dia

Selasa, 4 Oktober 2011

Johan Remaja


Salam

Seperti mana yang saya tuliskan dalam etika yang lepas berkait dengan kaedah breeding yang saya buat kat ayam-ayam di reban saya sudah mula menampakkan hasil dengan dapat mengeluarkan ayam yang boleh mendatangkan kepuasan kepada diri sendiri. Ayam remaja ini adalah dari bapak yang sama dengan teras sebatang tetapi induk yang berlainan. Ada 2-3 ekor lagi induk yang belum saya masuk dengan bapak teras sebatang. Hok nampak anak timbul saya akan tanda dan yg tak sesuai saya tak buat lagi..

Bercerita sikit tentang pertandingan di Tok Nadoq Kedah pada 1/10/2011 tempohari yang mana ayam didaftarkan dalam 380 ekor. Seronoknya ramai peminat ayam yang datang dari pelbagai tempat dan ada yang datang sekadar beri sokongan kepada rakan-rakan atau tempat mengeratkan hubungan silutulrahim.

Kepuasan pemain ayam serama ialah ayam dapat nombor dan bukan hadiah yang dikejar kerana nilaian seekor ayam mengatasi hadiah yang ditawarkan.

Rabu, 17 Ogos 2011

Cara Saya Breeding (II)

Salam

Dalam etika yang lepas saya menerangkan kaedah breeding yang saya praktikan kat reban saya. Dalam proses ini ada perubahan yang dapat saya perolehi dengan kemunculan satu dua ekor yang nampak menarik dimata dan boleh dibawa bertanding (naik salam gak). Untuk seketika cara ini telah memberi kepuasan kepada saya tetapi bukan titik nohktah untuk tidak mencuba dengan lain-lain kaedah.

Seperti dalam kupasan saya yang lepas menternak serama amatlah berbeza sekali dengan menternak lain-lain seperti brung atau kucing. Selalunya bila kita berjumpa induk dan bapak yang telah mengeluarkan anak yang cantik maka disini kita akan buat untuk kali kedua dan ketiga atau berulangkali. Mengikut pengalaman saya cara ini  tidak boleh dipratikan kerana selepad induk dapat mengeluarkan anak yang cantik ianya tidak boleh lagi diteruskan tetapi induk tersebut mesti dimasukkan dengan bapak lain kerana jika diturut dengan bapak dan induk yang sama maka anak tak akan timbul sebagaimana secantik anak yang pertama. Kalau induk dan bapak boleh berulangkali dapat menghasilkan anak-anak yang cantik maka tak adalah kita pergi kat reban-reban otai penuh dengan ayam-ayam yang berlainan bentuk dan warna. Pandangan saya jika tapisan pertama dapat menghasilkan anak yang cantik maka induk tersebut hendaklah dimasukkan dengan bapak lain dan selepas itu barulah dimasuk balik dengan bapak terdahulu. Bila anak yang keluar akan ada persamaan sedikit dengan keluaran yang pertama. Kaedah ini boleh diamalkan. Oleh itu bapak pembakaan sekurang-kurangnya 2 ekor dan kalau boleh biarlah bapak-bapak tersebut yang ada cutting.  Anak-anak tina dari kedua-dua bapak (satu induk) boleh disilangkan dengan anak tina lawan dengan bapak. Pemilihan anak tina untuk dimasukkan dengan bapat mestilah dilihat dengan cutting untuk disatukan dengan bapak. Kaedah ini ada juga orang buat. Perlu diingat juga kelemahan ayam serama ialah talian darah janganlah terlalu rapat sangat kerana anak yang keluar jadi lemah dan mudah cacat seperti ekor dan rusuk. Oleh itu perlu hati-hati untuk disatukan dengan mengertahui hubungkait antara bapak dan induk terlebih dahulu. Disini saya cadangkan kepada teman-teman supaya terjemahkan hasil kerja didalam nota untuk tujuan rujukan dikemudian hari.

Sekian. Terima kasih. Selamat Berpuasa.

Isnin, 1 Ogos 2011

Remaja Ara Yang Kena Curi

Salam
Saya paparkan gambar ayam remaja saya telah dicuri pada 30 Julai 2011. Mana-mana pembaca blog serama kita yang ada terlihat ayam ini atau ada ditawarkan untuk membeli ayam ini dipohon kerjasama teman-teman untuk memaklumkan kepada saya. Saya berharap mana-mana peminat tidak membeli ayam dari orang yang diragui. Saya difahamkan juga bukan reban saya sahaja yang dimasuki pencuri tetapi ada 2-3 reban lagi yang telah dimasuki pencuri. Menjadi tanda tanya ialah pencuri ayam ni bukan dari kalangan 'mat-mat gian' kerana pencuri ni mencuri ayam yang cantik dan boleh wat main je.

SHIM

Selasa, 12 Julai 2011