Selamat datang ke blog serama kita. Blog ini hanya membincangkan berkaitan dengan ayam serama seperti teknik breeding, penjagaan, kesihatan, info pertandingan dan jualbeli. Segala pertanyaan bolehlah di e-mellkan terus ke shim782001@yahoo.com atau 013 9285149
Jumaat, 19 Jun 2009
Kekuatan Genetik Bapak atau Induk
Saya banyak bertanya kepada geng-geng serama tentang bagaimana hendak memastikan genetik bapak atau induk untuk melahirkan anak jantan atau bertina. Mengikut kajian yang dilakukan oleh dari dua tiga penternak yang saya temui semuanya bersetuju mengatakan anak yang menetas jantan atau bertina terletak kekuatan bapak. Maksudnya jika bapak itu yang gagah selalunya ramai anak jantan dan kalau sebaliknya jika jantan tak berapa kuat selalunya anak bertina yang ramai. Walaubagaimanapun kajian ini bukanlah tepat tetapi banyak berdasarkan kepada pengalaman sahaja. Namun begitu untuk melahirkan anak yang cantik ianya bukanlah perkara yang mudah tetapi susur galur jantan dan bertina biarlah sealiran. Perkara ini akan saya tulis dilain waktu....
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan