Sabtu, 27 Jun 2009

Baka limbat Kuning

Ayam inipun baka limbat juga.

Baka limbat

Ayam ini darah limbat.

Anak remaja

Anak remaja ini keturunan yang sama dengan ayam hitam tetapi bapak yang berlainan.

Jumaat, 19 Jun 2009

Kekuatan Genetik Bapak atau Induk

Saya banyak bertanya kepada geng-geng serama tentang bagaimana hendak memastikan genetik bapak atau induk untuk melahirkan anak jantan atau bertina. Mengikut kajian yang dilakukan oleh dari dua tiga penternak yang saya temui semuanya bersetuju mengatakan anak yang menetas jantan atau bertina terletak kekuatan bapak. Maksudnya jika bapak itu yang gagah selalunya ramai anak jantan dan kalau sebaliknya jika jantan tak berapa kuat selalunya anak bertina yang ramai. Walaubagaimanapun kajian ini bukanlah tepat tetapi banyak berdasarkan kepada pengalaman sahaja. Namun begitu untuk melahirkan anak yang cantik ianya bukanlah perkara yang mudah tetapi susur galur jantan dan bertina biarlah sealiran. Perkara ini akan saya tulis dilain waktu....

Sabtu, 13 Jun 2009

Muda Hitam

Ayam muda hitam ini adalah dari baka mat awang yang hampir 85% manakala 15% lagi adalah dari campuran baka D'Pajero dan juga maliki Terengganu. Ayam muda hitam ini sesuai di kacuk dengan induk yang mempunyai baka mat awang. Untuk dibuat baka pun amat sesuai kerana mempunyai ciri-ciri pembaka. Mengikut pengalaman ayam yang punyai darah seumpama ini lambat bergaya. Hanya setelah masuk muda baru nampak gayanya......

Rabu, 10 Jun 2009

Ara Sengat

Ayam ini berumur dalam 7 bulan dan berat dalam 300 gram kebawah. Ayam ini baka Wan Sabri (saorang penternak yang tinggal di Kuala Terengganu) yang telah saya buat kacukan sendiri. Ayam ini mempunyai darah yang datang beberapa baka seperti baka husin, mat awang, awi, robot, lan cd dan juga limbat. Oleh itu amat mudah untuk dimasukkan dengan mana-mana induk yang mempunyai baka-baka sepertimana di atas. Ayam ini hampir menjadi milik orang dah....

Daun Kadok

Daun kadok amat baik untuk diberi makan kepada ayam-ayam yang kurang sihat seperti ayam deman kerana daun ini boleh menutralkan suhu badan ayam. Caranya ambil sehelai daun kadok yang muda dan kemudian digetel-getel supaya mudah untuk disuap kepada ayam yang tak sihat itu. Selalu suapkan kepada ayam tiap-tiap pagi atau waktu petang. Saya selalu beri waktu petang. Untuk menanam daun kadok amat mudah kerana ianya mudah tumbuh dikawasan yang agak lembab sedikit. Petua ini saya perolehi daripada kawan-kawan yang membela ayam laga (sabung) yang selalu beri makan kepada ayam yang kurang sihat. Walau apa pun kita kena yakin kepada diri kita sendiri dan jangan mudah gelabah jika ayam makin teruk kerana kita kena percaya bahawa benda yang bernyawa boleh menjadi segalanya mungkin.

SHIM