Isnin, 24 Januari 2011

Penyakit Hawar

Salam semua

Sudah menjadi satu kebiasaan selepas musim hujan kebanyakan ternakan terutama ayam yang dilepaskan akan mudah diserang penyakit yang dipanggil 'hawar'. Penyakit hawar adalah sejenis penyakit yang berjangkit dan selalunya jika ada seekor saja ayam yang terkena penyakit ini maka akan ramailah yang mati sebagaimana yang terjadi di Terengganu dimana hampir puluhan ekor ayam kampung (satu reban) telah mati diserang penyakit ini. Ada pelbagai kaedah untuk mencegah penyakit ini dari datang menyerang ayam ialah pertama dengan memberi suntikan yang berkala dari pejabat veterinar, tiada membawa masuk/keluar ayam yang disyaki terkena penyakit ini dan yang penting langkah-langkah penjagaan tempat dimana ayam-ayam serama tidak boleh dilepaskan dikawasan yang terbuka seperti kawasan yang ada ayam kampung kerana mudah terkena penyakit. Bagi pemilik ayam yang mengetahui ayam dah terkena penyakit ini perlu mengasingkan ayam tersebut dari ayam-ayam sihat. Dinasihatkan juga jika ayam ada terkena penyakit ini jangan bawak bertanding kerana najis ayam yang sakit mudah berjangkit . Jika memegang ayam yang sakit hendaklah membasuh dengan sabun tangan yang memegang ayam sakit untuk memegang ayam sihat.

Itulah serba sedikit berkaitan dengan langkah-langkah untuk mengelak penyakit hawar terkena kepada ayam serama kita.