Ahad, 10 Januari 2010

Minatnya Mula Pada Ayam Serama

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Sudah lama seramakita tidak menulis dalam blog ini. Bila tidak menulis dalam blog bukan bermakna minat pada ayam serama sudah berkurang tetapi sekarang makin menjadi-jadi minat pada ayam serama. Hanya tak ada kesempatan untuk menulis dalam blog ini kerana keadaan kerja yang begitu sibuk ditambah pulak dengan urusan persekolahan anak-anak di awal tahun begini menjadikan SK tak sempat untuk 'share' dengan pembaca-pembaca blog. Semasa cuti persekolahan ramai rakan yang dari pemilik-pemilik blog dan juga peminat telah berkunjung ke reban SK untuk sama-sama berbual-bual tentang perkembangan ayam serama. Kepada kawan-kawan yang sanggup datang jauh beratus kilometer SK mengucapkan terima kasih yang teramat sangat dan kalau ada masa dijemput datang lagi dan bolehlah perkena 'MEE UDANG'.

Dari peminat-peminat yang datang ada satu cerita yang rasanya perlu SK kongsi bersama kepada pembaca-pembaca blog tentang penangan ayam serama. SK ada saorang kawan yang mempunyai tugasan kerja yang amat banyak dan keseluruhan memerlukan kudrat berbentuk pemikiran. Hari-hari kerjanya perlukan berfikir kerana tugasnya seringkali melangkau masa tak kira cuti atau hari minggu. Kadang-kadang tugasan itu terbawa-bawa ke rumah. Dipendekkan cerita dia telah diberitahu oleh ketuanya bahawa kerja yang dia lakukan ini memudahkan dia didatangi pelbagai penyakit seperti serangan jantung dan lain-lain lagi. Oleh itu untuk mengatasi bebanan kerja terbawa-bawa hingga ke rumah satu hobi MESTI diceburi seperti memancing, memelihara kucing atau apa jua hobi yang boleh menghilangkan beban kerja. SK telah mencadangkan kepada teman itu untuk memelihara ayam serama. Bermula dari itu rakan SK telah menjadi peminat yang ayam serama. Katanya apabila pulang dari kerja dia akan ke reban dan meletak beberapa ekor ayam serama di atas meja dan terhiburlah hatinya apabila melihat aksi-aksi yang menarik kibasan sayap dengan dadah menonjol keatas membuatkan rakan SK itu hilang bebanan kerja dan bila di rumah tak ada lagi nak memikir hal kerja. Rupanya betulkah kata ketuanya perlu cari satu hobi untuk menghilangkan bebanan kerja dan dia memilih ayam serama sebagai hobi.