Rabu, 4 Jun 2014

Persaingan Yang Sihat

Salam

Hari ini terasa nak menulis sikit dalam blog ini kerana masa ini sedang mengadakan kursus Membina Blog jadi ruang yang ada saya paparkan berkait cerita ayam serama.Hari ini saya melihat sambutan kepada ayam serama begitu hangat dimana pertandingan ayam serama sudah menular ke berapa buah negeri. Itu perkembangan yang baik kepada peminat ayam serama.

Kesenian dan kecantikkan ayam serama telah menarik minat sahabat-sahabat kita dari Indonesia untuk sama-sama menghayati kecantikkan ayam serama. Dimaklumkan bahawa mereka sanggup  datang ke Malaysia untuk  sama-sama memiliki ayam serama dari para penternak ayam serama yang berda di Malaysia. Bagi saya itu adalah hasil usaha rakan kita dari Malaysia yang sanggup mempromosikan ayam-ayam serama dengan berbagai saluran seperti blog-blog dan juga laman sembang seperti Facebook dan Twiter. Tahniah saya ucapkan kepada sahabat-sahabat yang tak henti-henti untuk berkongsi maklumat melalui kemudahan yang mereka ada berhubung ayam serama.

Suasana begini telah saya rasai diawal permulaan saya bermain ayam serama sekitar tahun 1998 dimana saya selalu saja mencari atikel yang berhubung ayam serama melalui internet atau datang berjumpa pemilik-pemilik ayam serama terutamanya dari Kelantan yang mengikut catatan ayam serama bermula di Kelantan. Saya masih ingat lagi bagaimana peminat-peminat baru jika ada terdengar ada ayam yang cantik maka berlumba-lumbalah datang untuk melihat dan kadangkala sanggup menawarkan harga yang cukup tinggi untuk memilikinya. Tidak dikira lagi jika ayam tu memenangi pertandingan maka ramai juga untuk mendapat baka-baka dari ayam yang memenangi itu. Dalam pada itu ada juga segelintir penternak ayam serama mengambil kesempatan untuk menipulisasi tentang ayam-ayam yang ada kat rebannya. Seolah-olah menjadi satu trend apabila ada ayam yang johan akan dikaitkan dengan ayam kat reban dengan mengatakan ini baka-baka yang sama dengan yang johan. Mungkin untuk mendapat sedikit biasan maka ramai yang mengaku mempunyai hubungkait yang dekat seperti bapak yang johan sama dengan kat reban atau pun induk dikatakan sama dengan induk si johan. Itulah sebahagian dari apa yang pernah dijumpai oleh peminat-peminat ayam serama.

Berbalik dengan apa yang hendak saya utarakan ialah persaingan yang sihat.  Maksud persaingan yang sihat ialah kita sama-sama untuk menghasilkan ayam serama yang berkualiti dengan menggunakan ayam-ayam kat reban kita. Ada orang membeli ayam kat reban orang lain tapi bila cantik  mengaku ayam dari reban sendiri. Itu dinamakan menipulisasi fakta. Ada orang yang mengutip ayam kemudian mengatakan bahawa ayam sendiri dengan melebelkan inilah anak-anak ayam ini adalah bakanya. Apapun terserah kepada nawaitu masing-masing kerana ketidakjujran boleh menjejaskan rezeki yang diperolehi suci atau sebaliknya.

Sekian terima kasih.