Sabtu, 21 November 2009

Bagaimana hendak ayam sentiasa bergaya

Salam

Ramai peminat ayam serama mengeluh sebab ayam semasa beli kat reban sipolan ayam bergaya sakan tapi bila bawak balik ayam tak nak bergaya. Kenapa??? Banyak faktor kenapa perkara seperti ini terjadi. Antaranya pembeli tidak mengambiltahu macamana tuan asal menjaga ayam itu seperti apabila berkenan pada ayam tu dan harga telah dipersetujui terus bawa balik ayam. Kedua cara pemeliharaan ayam dari rumah tuan asal dengan pembeli berbeza seperti tuan asal sentiasa melatih ayam atas karpet sedangkan pemilik baru letak ayam atas jaring besi... Ketiga tuan asal letak ayam seekor-seekor pada tempat yang dikelilingi /ditutupi kain atau apa-apa yang menghalang ayam untuk melihat persekitaran diluar tetapi pemilik baru mendedahkan ayam pada tempat terbuka yang kemungkinan ayam baru ini diganggu oleh ayam lama. Pemilik asal selalu memberi makan dedak (contoh) tetapi pemilik baru memberi jagung halus dan ini boleh juga membuat ayam tak berapa aktif atas meja kerana pertukaran makanan. Vitamin dan ubat cacing hendaklah diberi kepada ayam. Saya lebih suka kalau ayam diletak dalam sangkar kipas yang bawahnya ditutupi setinggi 6 inci bagai ayam muda atau dewasa dan hanya nampak dada dan kepala dan ini boleh membantu ayam supaya sentisa dada terangkat apabila bawa keluar atas meja. Walaubagaimanapun apa yang diterangkan di atas banyak bergantung kepada faktor ayam iaitu ayam mestilah yang jenis lawan atas meja (tak terjun meja) serta ayam sentiasa sihat dan mempunyai ciri-ciri ayam untuk bertanding.Jangan letak sekali dengan bertina jika ayam untuk bertanding dan kalau nak sangat bertina bagi sekejap saja. Penting sekali pastikan ayam berada dalam keadaan sihat. Apa yang saya catat disini mungkin banyak lagi tips-tips bagaimana nak ayam bergaya dari pemilik ayam serama ....

Sabtu, 14 November 2009

Koleksi yang ada kat reban

Salam

Setelah ramai sangat peminat-peminat blog seramakita bertanya tentang bila nak upload gambar-gambar ayam kat blog, hari ini seramakita tunaikanlah permintaan itu. Sebenarnya ayam kat reban seramakita ada tetapi tak sempat nak upload gambar kerana ramai kekawan yang datang sendiri kat reban. Sebagai memenuhi yang bertanya mengapa lama tak update blog jadi dengan gambar-gambar yang dimasuk dalam blog bolehlah menjamu mata sedikit sebelum pergi kat blog-blog lain yang punyai ayam yang cantik. Ayam-ayam yang dipamerkan ini adalah dari kacukan baka bapak ara yang telah seramakita bincangkan dahulu. Sekarang inilah hasil yang dapat seramakita kongsi bersama. Disini juga seramakita menjemput pembaca blog ini jika berkunjung ke Terengganu jemputlah singgah kat rumah saya.

Ayam A(Tukar hakmilik)

Ayam A ni berat bawah 250 gram..dan yang seramakita seronok ayam A ni boleh panjat induk walaupun kecil. Ayam A ni adalah ayam muda kuning sekarang dah masuk A. Kalau tak ada apa-apa halangan kemungkinan bawak gi Alor Star.

Bapak Merah

Ayam ni dalam proses untuk pemulihan selepas mengalami sakit yang lama....Insyaallah kalau semuanya berjalan lancar akan keluar satu baka darah pok takir dari reban seramakita/

Remaja Kuning Baka Husin

Ini anak remaja yang baka husin yang saya guna bapak dari halim. Sayangnya bapak tu dah mati dan ini yang tinggal....

Remaja

Remaja ini ekornya masih belum penuh dan kalau penuh boleh bawa pergi ke Alor Star dan KL......test power

Anak B Kuning (dijual)

Anak B kuning yang datang dari darah pok takir melalui darah adik beradik ayam Halim Kemboja tapi dah 2-3 kali tapis.

Anak B Ara (dijual)

Anak A nak masuk B (dijual)

Anak A Lagi(dijual)

Anak A (dijual)

Anak A dari baka kat reban seramakita.

Induk Dara (Tukar hakmilik)

Induk dara dari reban seramakita. Masih dalam proses untuk buat bertanding. Tapi yang lepas tak sempat seramakita nak bawa bertanding kerana dah bertukar milik//he..he..he

Ahad, 1 November 2009

Penutup pertandingan ayam serama


Salam semua

Pada akhir tahun ni ada dua pertandingan yang agak besar seperti pada 10 Oktober yang diadakan di Kuala Terengganu tetapi yang ini ada dua tempat iaitu Kedah dan Kuala Lumpur. Seramakita dimaklumkan Kedah akan menganjurkan pada 5 Disember Kuala Lumpur pada 26 Disember. Peminat ayam serama begitu ghairah mencari ayam-ayam untuk bertanding pada tarikh-tarikh tersebut bagi merealisasikan minat pada ayam serama dengan membawa ayam pada pertandingan tersebut. Seramakita telah mendapat tempias dari peminat-peminat ayam serama terutama sebelah utara yang selalu saja menghubungi SK untuk mendapatkan ayam-ayam untuk bertanding. Sekalipun dikatakan ayam belum bersedia lagi untuk bawa bertanding tetapi ada peminat yang sanggup datang ke reban SK untuk membawa pulang. Biasalah kalau orang datang dari jauh datang ke reban kita adalah kurang elok jika bawa balik tangan kosong jadi terpaksalah lepas juga sekor dua. Ayam ini mungkin dalam sehari dua je ada kat reban SK sebab sudah ada permintaan supaya hantar ke utara. Dengan sambutan yang sebegini SK berharap minat pada ayam serama akan terus merebak ke pelusuk tempat di Malaysia ini sebagaimana yang terjadi di Sabah.Semoga kemeriahan ini berterusan...........

Isnin, 26 Oktober 2009

Itulah Rezeki

Assalamualaikum

Hari ni seramakita(sk) tak letak pic kat blog hari kerana ayam-ayam kat rumah nak rehat dulu tak nak berjalan jauh lagi. SK hendak bincangkan hari ini ialah berkenaan ayam-ayam kat reban sk yang telah bertukar kerakyatan. Hari ni sk hendak berkongsi cerita tentang ayam-ayam yang telah sk jual ada yang memberitahu kat sk bahawa ramai orang datang menziarahi rebannya kerana ingin melihat ayam muda yang beraksi sakan atas meja. Paling seronok katanya masing-masing meletakkan harga sendiri untuk mengharap rakan sk (pembeli ayam dari sk) supaya melepaskan ayam kat mereka. Rakan sk memberitahu tiap-tiap petang ada saja kawan-kawan (geng ayam) datang bersembang sambil menjamu mata. Ada saorang yang yang inginkan ayam rakan sk dengan menawarkan 2.5k kepada tuan punya ayam tetapi rakan sk tak jual. Sebenarnya sk lagi gembira bila ayam yang sk jual mendapat perhatian peminat-peminat serama walaupun semasa sk menjual ayam tu harga bawah 1k tetapi sk berpuashati jika ayam yang sk jual menjadi cantik. Pada sk ketika proses menjual ayam sk lebih cenderung menjual ayam kepada bentuk fizikal semasa itu dan sk tidak berminat menjual ayam kerana baka meskipun sk membuat proses kacukan semuanya datang dari baka-baka yang terpilih yang ada kat reban sk. Bagi sk soalan baka letak no 2 kerana dalam pertandingan tidak ada kolum berkenaan baka oleh itu sk menjual ayam mengikut keadaan ayam semasa itu. SK juga tidak akan memberi akuan tentang kejadian ayam hari esok kerana segalanya akan terjadi. Pernah saorang player membeli seekor anak a dengan harga hampir 1k dan pemilik ayam membuat akuan bahawa ayam anak ini akan menjadi cantik dan kalau tanding ada dalam top 5. Tetapi disebaliknya apabila ayam tu masuk muda, ayam tu tak cantik dengan balung yang besar serta ekor tikam kepala. Berdasarkan kepada kisah-kisah itulah sk mengambil sikap menjual ayam berdasar bentuk ayam semasa itu. Jika kita pendekatan begini kebarangkalian ramai lagi player baru yang mula menceburi ayam serama akan bertambah. Walaubagaimanapun terserahlah kepada pembeli dan penjual jika ada persetujuan maka soalan jual beli dah jadi. Hanya yang hendak sk nyatakan ialah MENJANJIKAN YANG AYAM-AYAM AKAN MENJADI HEBAT APABILA DEWASA ADALAH JANJIAN YANG KURANG BAIK dan adalah sekadar menyatakan bahawa kemungkinan ayam ini akan jadi macam ini macam itu berdasarkan bentuk fizikal adalah memadai. Pada sk andaikata ayam-ayam yang sk jual tu menjadi bertambah cantik ITULAH REZEKI dan jika disebaliknya rasanya memadai dengan harga yang ditawarkan semasa urusan jualbeli sewaktu itu. Hanya itulah bicara petang dari sk dan kepada pembaca blog sk diucapkan terimakasih kerana sudi meluangkan waktu.

Selasa, 20 Oktober 2009

Ayam Muda yang menang BOTB pada 10/10/2009

Ini adalah ayam muda yang menjadi johan kategori muda dan juga menang Best of the Best pada pertandingan yang diadakan di Kuala Terengganu pada 10 Oktober 2009. Ayam ni tuan punya terkenal dengan panggilan Man Storm atau pok man jebeng. Ayam ni adalah dari reban beliau sendiri dan itu yang seronok bila ayam keluar dari reban sendiri menang. Ayam ni ketika tangkap gambar dalam keadaan tergesa-gesa jadi latarbelakang tak berapa cantik tapi ayam cantik....

Rinting Kocak

Rinting ni masih muda kerana ekornya belum penuh...rinting kemungkinan akan bertanding di KL nanti kerana esok lusa dah nak duduk rumah baru di Bangi.

Rabu, 14 Oktober 2009

Muda Kuning Terkini

Seramakita (SK) telah memfokuskan kepada muda kuning ini untuk dibawa ke pertandingan. SK masih lagi melatih muda kuning atas karpet dan juga memastikan tidak terjun meja. Muda kuning ini masih lagi muda tetapi oleh kerana bulu cepat siap jadi muda ini kalau hari ni bertanding mesti bermain kategori muda. Muda kuning ini juga mengingatkan SK kepada bapaknya yang dah mati jadi SK berharapan yang muda kuning akan menjadi pengganti bapaknya (bapaknya sk pinjam dari Halim Kemboja). Berat Muda Kuning bawah 200 gram.

Ahad, 11 Oktober 2009

Bawang Merah

Kalau sebut saja bawang merah rasanya siapa yang tak kenal lebih-lebih lagi suri rumah. Bawang merah banyak kegunaan terutama tukang masak tentunya amat merlukan bawang merah urusan masak memasak. Apa yang hendak seramakita (SK) kongsi disini ialah kegunaan bawang merah pada ayam serama. Satu petua yang SK dapat ialah bawang merah digunakan untuk menjadikan ayam sihat. Caranya mudah saja iaitu lumatkan bawang merah (nak bland ke atau tumbuk) dan suapkan kat ayam mengikut keadaan ayam jika bapak suap dalam sebesar hujung jari tapi kalau anak separuh dari itu. Anak sangat (umur bawah sebulan tak payah lagi) jangan bagi. Amalkan suap kat ayam setiap petang dan dalam beberapa hari boleh lihat perubahan pada ayam. Bawang juga boleh diberi pada ayang resdung (hidung ayam berair) dengan suap dalam mulut ayam. Jika mata berair sapu kat ayam iaitu bawang merah yang dikupas (tinggal teras) dan picit air bawang kat mata. Amalkan dan hasilnya mata atau hidung tidak berair lagi. Walaubagaimanapun pencegahan adalah lebih penting jadi pastikan ayam-ayam berada ditempat yang kering dan dapat cahaya matahari. Kepada kawan-kawan boleh mencuba petua ni.

Muda Kuning

Seramakita (SK) sedang proses lagi untuk membolehkan ayam muda ni bertanding. Ayam ni saja yang tinggal dari baka selam ayam Halim sebab bapaknya dah mati. Harap muda ni akan menjadi bapaknya.

Muda Kuning

Anak Ara B (Tukar hakmilik)

Anak Ara ni adalah dari baka yang sama remaja yang menjadi johan dalam pertandingan pada 10/10/2009 di Pasir Panjang Kuala Terengganu. Harapan seramakita supaya anak ayam ni mengikuti jejak remaja ara yang menjadi johan dengan gaya yang cukup tinggi.

Anak B belum siap (Tukar hakmilik)

Anak B yang telah dibawa bertanding pada 10/10/2009 kat Pasir Panjang Kuala Terengganu. Anak ayam ni kalah kat ekor dan sayap yang agak singkat sikit. Walabagaimanapun dari segi gaya hebat atas meja. Ayam ni dapat hadiah saguhati saja.

Isnin, 28 September 2009

Bapak Ara

Bapak inilah saya gunakan untuk breeding ayam-ayam kat rumah saya. Ayam ini baka wan sabri yang sebaka dengan bapak ayam muda ara. Sekarang ni anak ayam dari bapak ini yang tua sebulan sebagaimana anak ara dibawah dan yang lain-lain dalam seminggu dua. Saya akan pamerkan dalam blog apabila anak-anak ayam ada nampak bakat.

Anak A Ara

Induk Remaja

Induk remaja untuk pertandingan. Ayam ni sesuai untuk tanding tapi kalah sikit pada warna. Sebulan lagi barulah boleh buat main kerana mukanya pucat lagi. Setakat ini chasis masih elok. Baka ayam ni sama dengan baka ayam kuning kelabu.

Remaja Kuning

Ayam remaja ini dari baka yang pernah memenangi pertandingan dari saudara Halim Kemboja. Tentang susur galur ayam ini saya tak dapat nak ungkaikan. Namun begitu saya ambik baka ini kerana bapak dia mempunyai full aksesori termasuk dengan gaya sekali yang selalu selam. Tak ramai saya dapat anak dari bapak ini. Ayam ini dalam proses pembikinan untuk dibuat pertandingan.

Sabtu, 5 September 2009

TIPS PENJAGAAN SERAMA - Khas buat peminat-peminat baru Ayam Serama

PENJAGAAN AYAM SERAMA

Penjagaan ayam serama adalah merangkumi kesemua faktor yang berkaitan dengan kesihatan dan pengurusan seseekor ayam itu bagi mempastikan ayam itu sentiasa berada didalam keadaan yang baik, sihat & bebas dari segala penyakit.

Terdapat 4 faktor penting dalam penjagaan ayam serama iaitu :

1. Pencegahan penyakit melalui program vaksinasi.

2. Pemberian ubat cacing yang seragam.

3. Program pemakanan yang seimbang.

4. Pengurusan harian.



Pencegahan Penyakit ( Vaksinasi ).

Terdapat 2 jenis penyakit yang paling endemik dan biasa menyerang ayam serama iaitu Penyakit Sampar ( New Castle Disease) dan Penyakit Puru ( FowlPox ). Penyakit - penyakit ini dapat dielakkan dangan pemberian vaksin kepada ayam diperingkat anak lagi.

- Penyakit Sampar ( New Castle Disease )

Pemberian vaksin ini biasanya adalah secra ubat titisan mata atau titisan pada lubang

hidung (1 - 2 titisan ).

Biasanya ia dilakukan pada umur 1 - 7 hari dan diulangi semula pada umur 21 hari dan

kemuadiannya di teruskan sepanjang hayat ayam serama tersebut.


- Penyakit Puru Ayam ( Fowl Pox )

Pemberian vaksin adalah secara ( 'wing-web' ) iaitu vaksin dicucuk menggunakan jarum khas

bermata dua yang dicucukkan dibahagian yang tidak bersalur darah dibahagian penjuru

kepak.

Biasanya ianya dilakukan sebanyak dua kali iaitu pada umur anak ayam seminggu dan

keatas dan kemuadiannya diulangi sekali lagi pada 5 - 7 minggu kemuadiannya.

Pemberian Ubat Cacing.

Pemberian ubat cacing yang seragam mengikut waktu yang telah ditetapkan adalah penting bagi memastikan ayam serama kita itu bebas dari serangan cacing. Cacing bukan sahaja merosakkan organ dalaman ayam malah ia akan membantutkan tumbersaran anak ayam, mendatangkan stress dan ini akan mendorong kepada terdedah pada penyakit lain.

Antara jenis - jenis cacing yang biasa terdapat pada ayam serama adalah cacing gelang (Ascaridia galli), cacing pita (Raillietina sp.), cacing didalam sekum (Heterakis gallinae), cacing didalam mata (Oxyspirura mansoni) dan cacing dibahagian tekak (Syngamus trachea).

Cara yang terbaik bagi mengawal masalah cacing adalah juga termasuk kebersihan kawasan persekitaran tempat tinggal ayam serama, mengawal hos kedua bagi cacing tersebut seperti kumbang, belalang dan juga cacing tanah.

Masalah yang berkaitan dengan cacingdapat diatasi dengan membina sangkar tinggi daripada tanah kerana dengan cara ini kita dapat menghalang ayam serama daripada najis yang telah tercemar dan penggunaan racun serangga bagi mengawal hos kedua itu tadi.

Antara jenis ubat cacing yang biasa digunakan adalah Piperazine (cacing gelang dan cacing sekum), Tetramisole (cacing gelang) dan Pyrantel tartrate (cacing gelang).

Pemberian ubat cacing adalah secara oral iaitu terus atau semada dicampurkan dengan makanan atau air minuman. Selok eloknya ubat cacing ini diberi sebulan sekali pada peringkat awal dan dikurungkan kepada 3 bulan sekali pada peringkat matang.

Pemakanan yang Seimbang.

Pemakanan yang seimbang adalah bermaksud pemakanan yang lengkap dan mengandungi nutrien penting seperti protien, karbihidrat, fiber, vitamin dan mineral pada kadar yang sepatutnya dan air bersih yang secukupnya.

Makan yang berprotien tinggi adalah diperlukan bagi peringkat anak ayam antara 1-3 bulan bagi mempastikan tumbesaran yang baik.

Kalsium diperlukan terutama untuk ibu ayam yang bertelur dan juga untuk tulang yang kuat.

Ada juga pemilik ayam serama gemar memberi makanan tambahan seperti ulat burung kepada ayam mereka. Ulat adalah salah satu sumber protien tetapi tidak boleh diberi secara berlebihan, dimana bagi anak ayam cukuplah sekadar 2 ekor manakala ayam dewasa sebanyak 5 ekor sehari.

Ayam serama dibanggakan dengan kesenian dan kecantikkannya, jadi sesetengah pemilik ayam serama memberi minyak ikan (pil) untuk mendapatkan bulu yang cantik dan berkilat.

Pengurusan Harian.

Pengurusan harian yang dimaksudkan disini adalah cara pemilik ayam serama itu menguruskan ayamnya dari segi kebersihan persekitaran ayam dan juga ayam itu sendiri.

Pengurusan yang baik ialah dengan adanya sistem sangkar yang tersusun, sentiasa berada dalam keadaan bersih dan dapat memisahkan ayam dari najisnya.

Bekas makanan dan minuman hendaklah selalu dibersihkan supaya bebas dari kulat.

Ayam juga hendaklah selalu dibelai dan dibersihkan. Mandikan ayam serama seminggu sekali dan gunakan syampu yang sesuai.

Sumber dari seramans

Ahad, 23 Ogos 2009

Harga Ayam Sekarang

Banyak perkara yang telah diutarakan oleh peminat-peminat ayam serama yang kadang-kadang harga ayam agak tinggi sekarang. Isu ini terlalu subjektif untuk dibincangkan kerana harga seseekor ayam adalah tidak menentu dan banyak berkait antara penjual dan pembeli. Oleh itu untuk mempersoalkan kenapa ayam sianu mahal maka tidak jawapan yang tepat dari pertanyaan itu tetapi bergantung setakat mana para pembeli sanggup membayar dengan harga yang ditawarkan. Kalau pembeli hanya mampu membayar tak lebih 2k maka kita akan dapati ayam-ayam akan berada pada harga seperti itu. Namun begitu perlu juga diambil tahu bahawa untuk mengeluarkan ayam-ayam yang sebagaimana "kopi dangdut" Dr Azhar bukan mudah hendak dapat malah nak dapat yang seiras itupun tak dapat sekalipun dari bapak dan induk yang sama. Saya lebih senang untuk melihat tentang peningkatan pada ayam serama yang semakin hari semakin cantik dengan kepala yang selam kepangkal ekor dan dada yang menjulang keatas adalah sesuatu yang menyeronokkan. Perlumbaan untuk menghasilkan ayam-ayam yang cantik adalah sesuatu perkembangan yang sihat dalam memartabatkan ayam serama sebagai hobi yang menguntungkan. Dalam pada itu juga kesusahan para penternak yang mengambil masa untuk tujuan mencuba dan terus mencuba dengan adunan pelbagai baka bagi mengharapkan dapat menghasilkan ayam-ayam yang cantik bergaya bagi merancakkan lagi kecantikkan dan kesenian ayam serama di negara ini.

Sabtu, 22 Ogos 2009

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan

Assalamualaikum
Kepada semua peminat ayam serama yang berada dimana saja saya ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada teman-teman yang beragama Islam. Dibulan puasa ini adalah ruang yang terbaik buat kita untuk sama-sama membelai serama terutamanya waktu petang (selepas selesai segala urusan harian) dan juga mana-amana ayam yang selama ini kurang beri perhatian bolehlah memberi tumpuan. Sekarang ni kat reban saya telah menetas lebih kurang 20 ekor anak dari baka yang kat rumah saya. Insyaallah selepas hari raya kalau ada rezeki boleh lihat kelibat ayam ini kerana saya telah memilih baka-baka yang jenis lawan atas meja untuk saya buat baka.

SHIM

Ahad, 16 Ogos 2009

Sahabat saya saudara Halim


Mungkin saudara pernah dengar nama Halim Kemboja tetapi ada juga yang tak pernah bersua muka. Dalam blog saya ini ingin saya perkenalkanlah kepada peminat-peminat ayam serama yang luar dari Terengganu untuk tatapan wajah sahabat saya ini saudara Halim yang tinggal di kampung Bukit Berangan, Kuala Terengganu.

Ayam Muda Kuning Kelabu


Ayam muda ini adalah campuran baka dari baka asal (mat awang) melalui D Pajero yang ayam-ayam dia telah dimiliki oleh Lah Pulau Musang yang sohor ayam dipanggil bawang merah. Saya telah mengambil bapak asal Lah yang dibeli pada tahun 2003 dari D Pajero dan saya kacuk balik dengan induk saya dari baka mat awang. Induk asalnya berwarna kuning dan apabila disatukan dengan bapak Lah warna kelabu maka banyak anak-anak yang keluar berwarna Kembang Lilin bagi yang jantan dan hitam warna yang bertina. Saya sebenarnya tak berapa minat dengan induk yang berwarna hitam dan banyak induk-induk warna ini telah saya sembelih malah bagi kat orang tak ada siapa yang mahu sebab warna hitam. Hanya saekor sahaja yang saya tak sembelih sebabnya waktu operasi penyembelihan ayam ini masih kecil lagi. Ketika induk ini meningkat menjadi induk dara saya dapati satu perubahan kepada induk dara itu dimana kepala ayam itu telah ketar dan selam. Saya mencuba untuk dikacukkan dengan bapak ayam yang saya pinjam dari kawan saya untuk melihat anak yang keluar dari induk itu. Cubaan yang pertama saya perolehi anak jantan yang punyai dada timbul tetapi kurang penjagaan dari saya ayam itu telah mati. Untuk breeding ke 2 saya guna bapak lain dan saya perolehi seekor anak jantan yang sekarang ayam itu ada kat Sabah. Untuk breeding yang ke 3 saya guna bapak lain pula (salasilah bapak saya terputus tetapi saya suka tengok gaya bapak yang selam) dan saya peroleh 2 ekor anak jantan. Seekor telah dimiliki oleh kawan saya dan saya yang ayam muda kelabu ini. Tujuan saya paparkan sedikit salasilah ayam muda kelabu ini supaya kepada sahabat-sahabat diluar sana agar jangan cepat merasa kecewa kalau mempunyai ayam yang tak begitu bergaya semasa anak sehingga remaja kerana perubahan ayam sentiasa berubah apabila memasuki kategori dengan syarat jika kita mempunyai ayam yang datang dari baka-baka yang tersohor. Perubahan ini dapat dilihat sebagaimana ayam muda kuning kelabu semasa remaja yang sebagaimana ada dalam blog ini anak remaja.

Rabu, 12 Ogos 2009

Penjagaan Anak Ayam

Salam

Saya ada sedikit petua untuk memastikan anak ayam sihat. Memang menjadi harapan setiap pemilik ayam serama yang apabila menetas akan merasa gembira kerana proses kacukan telah menampatkan hasil. Tetapi ada sedikit kecewa kadangkala anak ayam boleh hidup dalam 2-3 hari je dan lepas tu mati. Yang tinggal dengan indukpun mati juga. Itu pengalaman yang saya lalui. Kawan saya mencadangkan supaya anak ayam ditabur dengan skol (bunga lalang yang diberi makan kat burung). Ternyata cara ni memberi galak sedikit pada anak-anak ayam, peratus untuk mati boleh dikurang sedikit. Petua yang kawan saya berikan ini ada gunanya. Kebersihan seperti memastikan supaya najis tak melekat kat buntut ayam selalu diperiksa. Kalau ada cepat-cepat buang najis kerana kemungkinan boleh membawa mati kalau najis melekat kat buntut ayam.

Selasa, 11 Ogos 2009

Bapak Untuk Baka

Salam

Disini saya ingin berkongsi sedikit pengalaman kepada peminat-peminat ayam serama bagaimana untuk memilih bapak untuk dijadikan sebagai pembaka. Dalam konsep yang saya amalkan melalui pemerhatian daripada penternak-penternak yang berjaya adalah melalui kaedah persamaan baka atau dalam kata lain biar sijantan dan bertina mempunyai hubungan baka yang sama. Hubungan baka yang sama dimaksudkan disini ialah jantan dan bertina ada baka yang sama sekalipun telah bercampur baka TETAPI pastikan ada kaitan. Contoh bapak (ada baka mat awang, husin, limbat, awi) dan induk pula (nik rashid, mie lukisan, mat awang, husin) antara bapak dan induk tak semua sama darah tetapi ada yang sama jadi dalam kaedah ini boleh dimasukkan benih dan anak yang keluar nanti akan ada sedikit perbezaan seperti ada yang keluar bulu hala ke tebal, ada yang kemas dan anak mungkin berbeza warna. Disini pemilihan anak ke arah pertandinagn (yg mempunyai ciri-ciri untuk bertanding) dan anak yang biasa. Anak yang biasa yang maksud saya mungkin sesuai untuk dibuat baka kerana ayam seperti ini mungkin nampak kasar (besar) tetapi dalam badan ayam itu telah tersimpan baka-baka. Dalam proses ini pemilihan induk penting juga dimana kecenderungan bentuk badan perlu diambilkira. Sebenarnya ada banyak sangat kaedah dipakai oleh penternak ayam serama dan apa yang saya paparkan adalah dari satu bahagian. Walaubagaimanapun apa yang kita usahakan ini dan akhirnya kita kena percaya kepada rezeki. Pentingnya usaha dahulu. Harapan saya kepada peminat serama janganlah sekali-kali mudah berputus asa sekiranya usaha pertama atau kedua gagal kerana kejayaan datang dari kegagalan.

Jumaat, 7 Ogos 2009

Selsema Babi - H1N1

Assalamulaikum dan salam sejahtera
Sekarang ini seluruh dunia dikejutkan dengan wabak selsema babi. Hari-hari ada saja kita mendengar tentang kematian akibat terkena virus ini. Akibat virus ini beberapa pertandingan ayam serama terpaksa dibatalkan bermula dari pertandingan yang hendak diadakan pada 1 Ogos 2009 di Kuantan, Pahang dibatalkan. Begitu juga pertandingan terbesar pada 8 Ogos 2009 di Bachok, Kelantan dibatalkan juga. Dengar cerita yang kat Alor Setar pada 15 Ogos 2009 dibatalkan juga. Pembatalan ini disebabkan penularan virus ini dimerata-rata tempat dan bagi meredakan suasana langkah terbaik ialah tangguhkan dahulu pertandingan dan kemungkinan selepa hari raya aidil fitri mungkin akan diadakan jika virus ini tidak menjadi ancaman lagi. Oleh itu masa yang terbaik sekarang masukkan dengan induk-induk untuk buat anak. Sikit lagi bulan puasa jadi ruang-ruang untuk proses breeding adalah yang paling bagus kerana tak ada pertandingan.

Sabtu, 27 Jun 2009

Baka limbat Kuning

Ayam inipun baka limbat juga.

Baka limbat

Ayam ini darah limbat.

Anak remaja

Anak remaja ini keturunan yang sama dengan ayam hitam tetapi bapak yang berlainan.

Jumaat, 19 Jun 2009

Kekuatan Genetik Bapak atau Induk

Saya banyak bertanya kepada geng-geng serama tentang bagaimana hendak memastikan genetik bapak atau induk untuk melahirkan anak jantan atau bertina. Mengikut kajian yang dilakukan oleh dari dua tiga penternak yang saya temui semuanya bersetuju mengatakan anak yang menetas jantan atau bertina terletak kekuatan bapak. Maksudnya jika bapak itu yang gagah selalunya ramai anak jantan dan kalau sebaliknya jika jantan tak berapa kuat selalunya anak bertina yang ramai. Walaubagaimanapun kajian ini bukanlah tepat tetapi banyak berdasarkan kepada pengalaman sahaja. Namun begitu untuk melahirkan anak yang cantik ianya bukanlah perkara yang mudah tetapi susur galur jantan dan bertina biarlah sealiran. Perkara ini akan saya tulis dilain waktu....

Sabtu, 13 Jun 2009

Muda Hitam

Ayam muda hitam ini adalah dari baka mat awang yang hampir 85% manakala 15% lagi adalah dari campuran baka D'Pajero dan juga maliki Terengganu. Ayam muda hitam ini sesuai di kacuk dengan induk yang mempunyai baka mat awang. Untuk dibuat baka pun amat sesuai kerana mempunyai ciri-ciri pembaka. Mengikut pengalaman ayam yang punyai darah seumpama ini lambat bergaya. Hanya setelah masuk muda baru nampak gayanya......

Rabu, 10 Jun 2009

Ara Sengat

Ayam ini berumur dalam 7 bulan dan berat dalam 300 gram kebawah. Ayam ini baka Wan Sabri (saorang penternak yang tinggal di Kuala Terengganu) yang telah saya buat kacukan sendiri. Ayam ini mempunyai darah yang datang beberapa baka seperti baka husin, mat awang, awi, robot, lan cd dan juga limbat. Oleh itu amat mudah untuk dimasukkan dengan mana-mana induk yang mempunyai baka-baka sepertimana di atas. Ayam ini hampir menjadi milik orang dah....

Daun Kadok

Daun kadok amat baik untuk diberi makan kepada ayam-ayam yang kurang sihat seperti ayam deman kerana daun ini boleh menutralkan suhu badan ayam. Caranya ambil sehelai daun kadok yang muda dan kemudian digetel-getel supaya mudah untuk disuap kepada ayam yang tak sihat itu. Selalu suapkan kepada ayam tiap-tiap pagi atau waktu petang. Saya selalu beri waktu petang. Untuk menanam daun kadok amat mudah kerana ianya mudah tumbuh dikawasan yang agak lembab sedikit. Petua ini saya perolehi daripada kawan-kawan yang membela ayam laga (sabung) yang selalu beri makan kepada ayam yang kurang sihat. Walau apa pun kita kena yakin kepada diri kita sendiri dan jangan mudah gelabah jika ayam makin teruk kerana kita kena percaya bahawa benda yang bernyawa boleh menjadi segalanya mungkin.

SHIM

Sabtu, 16 Mei 2009

Salam sejahtera

Kepada peminat-peminat ayam serama dimana saja anda berada pihak kami mengucapkan selamat datang ke blog ini.