Ahad, 23 Ogos 2009

Harga Ayam Sekarang

Banyak perkara yang telah diutarakan oleh peminat-peminat ayam serama yang kadang-kadang harga ayam agak tinggi sekarang. Isu ini terlalu subjektif untuk dibincangkan kerana harga seseekor ayam adalah tidak menentu dan banyak berkait antara penjual dan pembeli. Oleh itu untuk mempersoalkan kenapa ayam sianu mahal maka tidak jawapan yang tepat dari pertanyaan itu tetapi bergantung setakat mana para pembeli sanggup membayar dengan harga yang ditawarkan. Kalau pembeli hanya mampu membayar tak lebih 2k maka kita akan dapati ayam-ayam akan berada pada harga seperti itu. Namun begitu perlu juga diambil tahu bahawa untuk mengeluarkan ayam-ayam yang sebagaimana "kopi dangdut" Dr Azhar bukan mudah hendak dapat malah nak dapat yang seiras itupun tak dapat sekalipun dari bapak dan induk yang sama. Saya lebih senang untuk melihat tentang peningkatan pada ayam serama yang semakin hari semakin cantik dengan kepala yang selam kepangkal ekor dan dada yang menjulang keatas adalah sesuatu yang menyeronokkan. Perlumbaan untuk menghasilkan ayam-ayam yang cantik adalah sesuatu perkembangan yang sihat dalam memartabatkan ayam serama sebagai hobi yang menguntungkan. Dalam pada itu juga kesusahan para penternak yang mengambil masa untuk tujuan mencuba dan terus mencuba dengan adunan pelbagai baka bagi mengharapkan dapat menghasilkan ayam-ayam yang cantik bergaya bagi merancakkan lagi kecantikkan dan kesenian ayam serama di negara ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan