Selasa, 11 Ogos 2009

Bapak Untuk Baka

Salam

Disini saya ingin berkongsi sedikit pengalaman kepada peminat-peminat ayam serama bagaimana untuk memilih bapak untuk dijadikan sebagai pembaka. Dalam konsep yang saya amalkan melalui pemerhatian daripada penternak-penternak yang berjaya adalah melalui kaedah persamaan baka atau dalam kata lain biar sijantan dan bertina mempunyai hubungan baka yang sama. Hubungan baka yang sama dimaksudkan disini ialah jantan dan bertina ada baka yang sama sekalipun telah bercampur baka TETAPI pastikan ada kaitan. Contoh bapak (ada baka mat awang, husin, limbat, awi) dan induk pula (nik rashid, mie lukisan, mat awang, husin) antara bapak dan induk tak semua sama darah tetapi ada yang sama jadi dalam kaedah ini boleh dimasukkan benih dan anak yang keluar nanti akan ada sedikit perbezaan seperti ada yang keluar bulu hala ke tebal, ada yang kemas dan anak mungkin berbeza warna. Disini pemilihan anak ke arah pertandinagn (yg mempunyai ciri-ciri untuk bertanding) dan anak yang biasa. Anak yang biasa yang maksud saya mungkin sesuai untuk dibuat baka kerana ayam seperti ini mungkin nampak kasar (besar) tetapi dalam badan ayam itu telah tersimpan baka-baka. Dalam proses ini pemilihan induk penting juga dimana kecenderungan bentuk badan perlu diambilkira. Sebenarnya ada banyak sangat kaedah dipakai oleh penternak ayam serama dan apa yang saya paparkan adalah dari satu bahagian. Walaubagaimanapun apa yang kita usahakan ini dan akhirnya kita kena percaya kepada rezeki. Pentingnya usaha dahulu. Harapan saya kepada peminat serama janganlah sekali-kali mudah berputus asa sekiranya usaha pertama atau kedua gagal kerana kejayaan datang dari kegagalan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan