Selasa, 9 November 2010

Musim hujan dah bermula

Salam

Musim hujan dah tiba. Para peminat ayam serama mungkin sedikit keresahan kerana ruang-ruang untuk membiarkan ayam bermandi pasir agak terbatas sedikit kerana keadaan cuaca yang seringkali hujan. Itu apa yang saya rasa di pantai timur (Terengganu). Rakan-rakan kita di sebelah utara terutamanya Kedah telah ditimpa banjir hampir semua tempat ditenggelami air. Kawan saya serama gunung tidak terkecuali yang terpaksa memindahkan ayam-ayam ditempat yang tinggi dan selamat. Ada juga yang tak sempat nak bawa lari ke tempat yang selamat. Begitulah nasib yang terjadi kepada sahabat-sahabat kita disebelah utara. Serama kita turut bersimpati keadaan yang menimpa pada sahabat-sahabat kita disana. Walaubagaimanapun kita berharap para peminat disebelah utara tidak akan merasa sedikit tergugat atas musibah yang menimpa. Selepas hujan bolehlah kita memperbetulkan semula reban-reban yang ditenggelami air dan kita sambung semula hobi yang sedang kita ceburi ini. Kepada peminat ayam serama dimana jua berada kalau berkunjung ke Terengganu bolehlah hubungi saya dan sama-sama kita berkongsi pengetahuan demi memartabatkan ayam serama

Sekian coretan dari serama kita sempena musim hujan...kepada anak-anak jangan sekali-kali dibiarkan bermain dikawasan yang ditenggelami air....

Rabu, 27 Oktober 2010

Ahad, 17 Oktober 2010

Serama B

Dibuka untuk jualan....

Rabu, 13 Oktober 2010

Remaja baru nak mula pacak sayap ke bawah.

Rabu, 14 Julai 2010

Isnin, 14 Jun 2010

Kunjungan Serama Gunung

Cuti sekolah minggu lepas reban serama kita dikunjungi tuan punya ayam selam dari gunung (Alor Setar) atau serama gunung. Banyak perkara yang dapat kita orang berkongsi dengan orang hebat seperti serama gunung yang tak rasa sayang untuk sama-sama bertukar-tukar fikiran untuk membincangkan bagaimana hendak menjadikan ayam serama yang berkualiti. Ramai induk telah dibawa balik ke Alor Setar dan sedikit lagi serama gunung akan dapat mengeluarkan anak-anak ayam dari 2 negeri Terengganu dan Kedah....

Induk Dara

Remaja Kuning

Nampak dah ada bakat tapi malu-malu lagi.....

Ara A

Semua dah nampak siap tapi bilalah nak lekat gaya macam ni....

Ahad, 16 Mei 2010

Rabu, 12 Mei 2010

Sembang-sembang

Salam semua

Sekarang bila berkata bab serama pastinya banyak perkara boleh dibincangkan dari pemeliharaan sehinggalah kepada pertandingan. Cuma disini saya ingin berkata tentang pemeliharaan ayam serama. Kalau berjalan-jalan ke reban pemilik-pemilik ayam serama tentunya kita akan bertemu dengan kata-kata ini.." nak dapat sekor-sekor ayam comel bukan muda dan sebab tu lah kalau saper ada ayam comel hok macam ni harga pun mahal lah...payah nak dapat macam ni  " itu kata-kata yang biasa kita dengar bila bertandang ke reban-reban mereka. Ulasan dari kata-kata ini memberi makna bahawa untuk mendapat ayam serama yang cantik bukanlah perkara yang mudah meskipun kita mempunya aliran darah yang sama. Oleh itu bagi pemilik serama selalu saja mengatakan dari tetasan 5-6 ekor ni jadi sekor pun ok lah...bermakna para pemilik serama tidak mempunyai pergantungan yang tinggi kepada setiap anak tetasan supaya kesemua menjadi belaka tetapi hanya dalam bentuk nisbah yang kecil saja mereka mengharapkan. Hanya berbekalkan semangat tidak berputus asa maka akan keluarlah anak-anak ayam yang mewarnai pentas pertandinagn. Tu tak kira lagi ayam buat kerja atau tidak masa atas meja cuma dengan bentuk ayam yang pada mata pemilik tu cantik barulah buat pergi ke pertandingan.

Dalam bicara blog ini saya ingin mengajak kepada peminat-peminat baru supaya mempunyai tahap kesabaran yang tinggi untuk memelihara ayam serama kerana jangan mempunyai pergantungan yang amat tinggi kepada setiap tetasan dan jangan pula cepat berputus asa andainya anak yang dapat nanti tidak menepati kehendak hati. Pengalaman saya dalam memelihara ayam serama hampir 10 tahun masih lagi belum mendapat ayam yang betul-betul cantik meskipun berbagai acuan telah saya gunakan. Cuma yang memberi sedikit kepuasan kepada saya ialah setiap tetasan yang keluar hampir menjurus apa yang saya harapkan seperti warna, kaki, kepala balung, susunan ekor barangkali tak ada masalah cuma dari segi gaya masih lagi tidak menepati kehendak saya lagi. Adakalanya saya mempunyai ayam yang bergaya dengan dada yang menonjol ke atas tetapi dari segi aksesori kalah pulak. Apa yang saya duk berharap sangat agar gaya yang cantik di cantumkan dengan aksesori yang cantik barulah ayam itu bergelar juara. Harapan ini masih lagi terpendam dijiwa saya.

Begitu juga buat peminat serama jangan cepat berasa kecewa andainya anak tetasan tak mencapai standard pertandingan harus lagi mencuba dengan berbagai variasi bapak atau induk perlu diubah-ubah. Untuk makluman sekarang ini bagi mencari ayam yang mempunyai satu baka yang tulin barangkali tak dapat dah ni kerana kebanyakan baka sudah dicampur-campur. Oleh itu sekiranya kena pada petermbungan darah barangkali dapatlah ayam yang cantik macam man storm tidak mempunyai masa yang panjang bagi mendapatkan ayam bergelar juara. Satu lagi yang perlu ada kepada pemilik (penternak) serama MESTI mencatat dalan nota setiap ayam yang dicampurkan bermula dari baka kemudian cutting hendaklah dicatatkan. Setiap bapak dan induk mesti dicatatkan agar mudah nak buat analisa seperti kalau bapak ni campur induk ni jadi macamana hasilnya. Berdasarkan pada catatan itu memudahkan pemilik (penternak) membuat rumusan ayam-ayam yang dihasilkan.

Sekian catatan saya berdasarkan apa yang telah saya lalui.

SHIM

Ayam Slim

Huh...bilalah nak tengok tengkuk turun ke bawah sikit....Dah masuk A tapi tak nak selam lagi

Isnin, 3 Mei 2010

Rabu, 14 April 2010

Masalah Hama dan Kutu Ayam Mengeram

Salam dan selamat sejahtera

Masalah hama dan kutu bagi ayam adalah perkara
biasa lebih-lebih lagi bagi induk yang mengeram, dipercayai serangan
hama adalah bermusim kebiasaan nya kadar hama yg tinggi didapati
selepas serangan penyakit hawar. Namun, terdapat berbagai cara bagi
mengatasi masalah hama.

Induk yg diberi mengeram memperolehi rehat yang mencukupi, tempoh
tersebut banyak membantu menhancurkan bahagian lemak dipersekitaran
kilang telor ianya kelak akan menghasilkan benih yang sihat dari segi
peratusan hasil apabila bertelor bagi kali berikutnya, malah ada
kalangan berpendapat proses ini akan banyak mempengaruhi faktor usia
atau jangka hayat bagi ayam serama.

Mengikut pengalaman saya, selepas mengeram saya akan memberi induk
menjaga anak paling kurang 10 hari, selepas dipisahkan daripada anak,
induk akan dibersihkan (mandikan dgn shampoo anti hama/kutu) kemudian
asingkan selama 3-7 hari dengan diberi makanan berprotein dan
vitamin, selepas didapati ia cukup sihat dan bersedia barulah
dipasangkan semula dengan pasangannya ( waktu ini bila jumpa jantan
ia terus duduk dah paham-paham dah ). Kebiasaanya ia akan bertelor
semula dalam masa 5-10 hari selepas dipasangkan.

Proses ini memerlukan induk betina yang banyak, maklumlah si jantan
tak suka buat kerja lain, saya sendiri hingga kini mempunyai 15 ekor
yang bertelor/hampir pencen serta hampir 10 ekor induk muda ( belum
cukup umur ), saya lebih suka melepaskan anak jantan daripada anak
betina.

Selasa, 16 Mac 2010

Anak-anak A

Sekarang anak-anak ayam yang besar ni je yang tinggal kat rumah. Itupun masih duduk bawah perut ibu lagi. Ramai orang mintak nak beli tapi saya tak jual anak kecik macam ni. Tak tahu lagi besar sikit jadi macamana jadi tu yang saya tak berani nak jual lagi....Ada 5-6 ekor anak yang sebaya dengan ni. Baka yang saya guna ialah baka dari wan sabri. Baka ni makan ni selalunya masuk kategori muda baru sedap tengok.

Anak B Tok Uban

Anak ayam tok uban. Bapak dan induk bukan tok uban tetapi kuar anak jadi tok uban. Mungkin kerana darah bapak dan induk yang bercampur-campur (mat awang, Hussin serta limbat) membuatkan anak jadi tok uban.

Isnin, 15 Mac 2010

Serama oh Serama

Saya baru mendapat sms dari kawan-kawan memberitahu harga ayam serama mahal. Saya mengatakan ayam serama tidak mahal kerana kalau pergi kat kedai jual ayam sekitar RM 50.00 dan mungkin RM80.00-RM100.00 sepasang. Rasanya tak mahal dan mampu beli. Bagaimana pula harga sampai RM 10k... Jika kita melihat harga ayam yang diketegori RM 10k adalah dari ayam Tercantik maka harga yang seumpama itu adalah bersesuaian dengan nilainya. Untuk makluman peminat-peminat ayam serama bukanlah perkara yang mudah bagi mendapatkan seekor ayam yang cantik seperti Submarine, Ayam Man Storm atau ayam Halim Kemboja dan beberapa ekor lagi ayam yang diketegori seperti itu amat sukar untuk mendapat duplicate meskipun mempunyai jalinan baka yang sama. Itulah keunikan ayam serama tak mempunyai persamaan. Lalu jika ada seekor ayam yang cantik maka hargapun cantik. Kalau bertanya pada saya kenapa anak A sampai harga 1k lebih maka saya tak ada jawapan. Cuma saya nak beritahu anak A kecik dan boleh berubah lagi.... Atas keberanian pembeli utk membeli dengan harga seumpama itu dan baiknya jangan pulak jadinya seperti kata perpatah rumah siap pahat pula berbunyi. Membeli anak ayam banyak rasiko jadi masa nak beli tepuk dada tanya selera. Mampu beli ....tak mampu jangan beli. Saya tak ndak ulas panjang lebar kerana kalau dalam forum seperti yahoo group ayam serama banyak berbincang perkara seperti ini. Baiknya kita berbincang bagaimana nak standard akan ayam serama supaya berada di atas kelasnya yang tersendiri seperti burung merbok.

Leni saya telah mencuba dengan beberapa ekor bapak dan induk yang berbeza tetapi antara bapak dan induk mempunyai jalinan darah yang hampir sama. Hasratnya satu iaitu nak dapatkan ayam yang lebih cantik dari ayam yang pernah tengok. Ada 7 induk sedang membawa anak dengan 5 anak satu induk. Saya akan terus menggunakan beberapa kaedah breeding dan akan saya catatkan kaedah yang paling hampir untuk menghasilkan ayam yang cantik.

Sabtu, 13 Mac 2010

Sedikit perkongsian

Salam semua


Lama sudah tak tulis dalam blog ini artikel yang kita kongsi bersama. Keadaan kerja yang busy sikit menjadikan saya tak sempat untuk menulis dalam blog ni. Hari ni saya nak berkongsi sedikit pengalaman tentang kaedah breeding. Saya banyak melawat dekat reban-reban otai serama dan dikalangan mereka ini boleh dikatakan memiliki baka sendiri iaitu baka yang telah diproses kat reban mereka. Dari permehatian saya kebanyakkan baka-baka mereka mempunyai tradmark yang tersendiri dari segi gaya atau aksesori.... Yang hendak saya tulis disini ialah tentang ayam-ayam yang chasis lari seperti ekor atau tulang rusuk....ayam-ayam ni semasa anak A cukup cantik tetapi apabila meningkat remaja kecacatan ayam ini mula nampak. Dari hasil penelitian saya salah satu faktor yang boleh menjadi anak-anak ayam lari chasis disebabkan pembakaan. Biasanya otai serama yang mempunyai baka tersendiri tidak berapa suka untuk  mencampuraduk dengan baka lain kerana takut hilang identiti...Mengikut kajian bila baka yang ada kat reban terlalu dekat maksudnya tiap-tiap ayam yg ada kat reban adalah darah yang sama dan amat dekat.... Apabila terlalu dekat selalunya ayam mudah lari chasis...ayam mungkin nampak kecik tetapi rasiko kecacatan amat tinggi.... Saya sebenarnya suka kepada baka tetapi saya akan memastikan yang saya tidak membeli ayam adik beradik ataupun dari darah yang dekat...Saya akan cuba masukkan baka yang sama tapi bukan dari reban yang sama.....Hanya ini perkongsian yang dapat saya kongsikan . Apa yang saya tulis ini berdasarkan pengalaman saya....Anak B masuk remaja itulah hasilnya.

Induk Dara

Induk dara ni dah mula tunjuk bakat....anak saudara dari baka man storm...cuma warna tak berapa comel...

Anak A dah jadi Anak B

Ini gambar terbaru anak A. Sekarang dah jadi anak B tetapi tak bergaya lagi. Remaja dengan anak B ni adalah dari bapak yang sama tetapi induk yang berlainan. Ada perbezaan sebab induk ini anak lambat tunjuk bakat.

Anak B dah Masuk Remaja

Ini gambar terbaru anak B ara. Sekarang remaja. Penuh ekor boleh main.

Isnin, 22 Februari 2010

Anak A Ara

Anak Ara adalah satu darah dengan anak B ara tapi bukan adik beradik. Induk anak ini adalah adik beradik dengan anak B ara tetapi bapak yang sama anak A dengan B ara......Sekarang anak ayam ni dah nak masuk kategori anak b. Mengikut pengalaman baka ni remaja baru boleh tengok

Anak B Ara

Anak ayam ini adalah proses dari reban seramakita melalui campuran baka dari sebelah bapak manakala sebelah induk baka mat awang. Anak Ara telah meluruh untuk bermain dalam kategori remaja.....

Muda Kuning Slim


Ayam ini ada sebaka dengan muda kuning tetapi ayam ni slim dengan dada kecik je....tentang warna memang saya suka kerana mempunyai warna kuning bersih...Gaya....tunggu ayam ni matang baru nampak gayanya.....




Muda Kuning

 
Ayam muda ni belum lagi melawan atas meja. Hanya sekali-sekali saja dia memperagakan aksinya. Ayam ini adalah antara koleksi yang ada kat reban seramakita. Berkenan sangat pada ayam ni ialah warna yang bersih tidak comot...

Muda Selam

Ini antara koleksi ayam-ayam yang ada kat reban saya. Sekarang ni ekor tengah meluruh dan tak boleh buat main lagi tapi boleh buat main kat rumah untuk menjamu mata. Tentang baka ada gak sikit-sikit dengan darah submarine dari tuan yang asal tetapi ayam ni dah dicampur 2-3 baka dah....Yang penting ayam nak tengok cantik. Ini ayam jenis selam. Serama Gunungpun nak ajak ayam ni pergi ke utara bermustatin disana tapi seramakita nak ada disini lagi nak wak baka gak...
 





Ahad, 10 Januari 2010

Minatnya Mula Pada Ayam Serama

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Sudah lama seramakita tidak menulis dalam blog ini. Bila tidak menulis dalam blog bukan bermakna minat pada ayam serama sudah berkurang tetapi sekarang makin menjadi-jadi minat pada ayam serama. Hanya tak ada kesempatan untuk menulis dalam blog ini kerana keadaan kerja yang begitu sibuk ditambah pulak dengan urusan persekolahan anak-anak di awal tahun begini menjadikan SK tak sempat untuk 'share' dengan pembaca-pembaca blog. Semasa cuti persekolahan ramai rakan yang dari pemilik-pemilik blog dan juga peminat telah berkunjung ke reban SK untuk sama-sama berbual-bual tentang perkembangan ayam serama. Kepada kawan-kawan yang sanggup datang jauh beratus kilometer SK mengucapkan terima kasih yang teramat sangat dan kalau ada masa dijemput datang lagi dan bolehlah perkena 'MEE UDANG'.

Dari peminat-peminat yang datang ada satu cerita yang rasanya perlu SK kongsi bersama kepada pembaca-pembaca blog tentang penangan ayam serama. SK ada saorang kawan yang mempunyai tugasan kerja yang amat banyak dan keseluruhan memerlukan kudrat berbentuk pemikiran. Hari-hari kerjanya perlukan berfikir kerana tugasnya seringkali melangkau masa tak kira cuti atau hari minggu. Kadang-kadang tugasan itu terbawa-bawa ke rumah. Dipendekkan cerita dia telah diberitahu oleh ketuanya bahawa kerja yang dia lakukan ini memudahkan dia didatangi pelbagai penyakit seperti serangan jantung dan lain-lain lagi. Oleh itu untuk mengatasi bebanan kerja terbawa-bawa hingga ke rumah satu hobi MESTI diceburi seperti memancing, memelihara kucing atau apa jua hobi yang boleh menghilangkan beban kerja. SK telah mencadangkan kepada teman itu untuk memelihara ayam serama. Bermula dari itu rakan SK telah menjadi peminat yang ayam serama. Katanya apabila pulang dari kerja dia akan ke reban dan meletak beberapa ekor ayam serama di atas meja dan terhiburlah hatinya apabila melihat aksi-aksi yang menarik kibasan sayap dengan dadah menonjol keatas membuatkan rakan SK itu hilang bebanan kerja dan bila di rumah tak ada lagi nak memikir hal kerja. Rupanya betulkah kata ketuanya perlu cari satu hobi untuk menghilangkan bebanan kerja dan dia memilih ayam serama sebagai hobi.