Sabtu, 13 Mac 2010

Sedikit perkongsian

Salam semua


Lama sudah tak tulis dalam blog ini artikel yang kita kongsi bersama. Keadaan kerja yang busy sikit menjadikan saya tak sempat untuk menulis dalam blog ni. Hari ni saya nak berkongsi sedikit pengalaman tentang kaedah breeding. Saya banyak melawat dekat reban-reban otai serama dan dikalangan mereka ini boleh dikatakan memiliki baka sendiri iaitu baka yang telah diproses kat reban mereka. Dari permehatian saya kebanyakkan baka-baka mereka mempunyai tradmark yang tersendiri dari segi gaya atau aksesori.... Yang hendak saya tulis disini ialah tentang ayam-ayam yang chasis lari seperti ekor atau tulang rusuk....ayam-ayam ni semasa anak A cukup cantik tetapi apabila meningkat remaja kecacatan ayam ini mula nampak. Dari hasil penelitian saya salah satu faktor yang boleh menjadi anak-anak ayam lari chasis disebabkan pembakaan. Biasanya otai serama yang mempunyai baka tersendiri tidak berapa suka untuk  mencampuraduk dengan baka lain kerana takut hilang identiti...Mengikut kajian bila baka yang ada kat reban terlalu dekat maksudnya tiap-tiap ayam yg ada kat reban adalah darah yang sama dan amat dekat.... Apabila terlalu dekat selalunya ayam mudah lari chasis...ayam mungkin nampak kecik tetapi rasiko kecacatan amat tinggi.... Saya sebenarnya suka kepada baka tetapi saya akan memastikan yang saya tidak membeli ayam adik beradik ataupun dari darah yang dekat...Saya akan cuba masukkan baka yang sama tapi bukan dari reban yang sama.....Hanya ini perkongsian yang dapat saya kongsikan . Apa yang saya tulis ini berdasarkan pengalaman saya....Anak B masuk remaja itulah hasilnya.

1 ulasan:

  1. askm Shim. saya amat bersetuju dan memang dalam kaedah perubatan pun kecacatan akan muncul bila dikahwinkan dengan adik beradik atau keluarga terdekat. kita sepatutnya memilih darah ibu atau bapak dipisahkan dan digabungkan semula pada F4 atau F5.-Dr Wazir.

    BalasPadam