Ahad, 23 Ogos 2009

Harga Ayam Sekarang

Banyak perkara yang telah diutarakan oleh peminat-peminat ayam serama yang kadang-kadang harga ayam agak tinggi sekarang. Isu ini terlalu subjektif untuk dibincangkan kerana harga seseekor ayam adalah tidak menentu dan banyak berkait antara penjual dan pembeli. Oleh itu untuk mempersoalkan kenapa ayam sianu mahal maka tidak jawapan yang tepat dari pertanyaan itu tetapi bergantung setakat mana para pembeli sanggup membayar dengan harga yang ditawarkan. Kalau pembeli hanya mampu membayar tak lebih 2k maka kita akan dapati ayam-ayam akan berada pada harga seperti itu. Namun begitu perlu juga diambil tahu bahawa untuk mengeluarkan ayam-ayam yang sebagaimana "kopi dangdut" Dr Azhar bukan mudah hendak dapat malah nak dapat yang seiras itupun tak dapat sekalipun dari bapak dan induk yang sama. Saya lebih senang untuk melihat tentang peningkatan pada ayam serama yang semakin hari semakin cantik dengan kepala yang selam kepangkal ekor dan dada yang menjulang keatas adalah sesuatu yang menyeronokkan. Perlumbaan untuk menghasilkan ayam-ayam yang cantik adalah sesuatu perkembangan yang sihat dalam memartabatkan ayam serama sebagai hobi yang menguntungkan. Dalam pada itu juga kesusahan para penternak yang mengambil masa untuk tujuan mencuba dan terus mencuba dengan adunan pelbagai baka bagi mengharapkan dapat menghasilkan ayam-ayam yang cantik bergaya bagi merancakkan lagi kecantikkan dan kesenian ayam serama di negara ini.

Sabtu, 22 Ogos 2009

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan

Assalamualaikum
Kepada semua peminat ayam serama yang berada dimana saja saya ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada teman-teman yang beragama Islam. Dibulan puasa ini adalah ruang yang terbaik buat kita untuk sama-sama membelai serama terutamanya waktu petang (selepas selesai segala urusan harian) dan juga mana-amana ayam yang selama ini kurang beri perhatian bolehlah memberi tumpuan. Sekarang ni kat reban saya telah menetas lebih kurang 20 ekor anak dari baka yang kat rumah saya. Insyaallah selepas hari raya kalau ada rezeki boleh lihat kelibat ayam ini kerana saya telah memilih baka-baka yang jenis lawan atas meja untuk saya buat baka.

SHIM

Ahad, 16 Ogos 2009

Sahabat saya saudara Halim


Mungkin saudara pernah dengar nama Halim Kemboja tetapi ada juga yang tak pernah bersua muka. Dalam blog saya ini ingin saya perkenalkanlah kepada peminat-peminat ayam serama yang luar dari Terengganu untuk tatapan wajah sahabat saya ini saudara Halim yang tinggal di kampung Bukit Berangan, Kuala Terengganu.

Ayam Muda Kuning Kelabu


Ayam muda ini adalah campuran baka dari baka asal (mat awang) melalui D Pajero yang ayam-ayam dia telah dimiliki oleh Lah Pulau Musang yang sohor ayam dipanggil bawang merah. Saya telah mengambil bapak asal Lah yang dibeli pada tahun 2003 dari D Pajero dan saya kacuk balik dengan induk saya dari baka mat awang. Induk asalnya berwarna kuning dan apabila disatukan dengan bapak Lah warna kelabu maka banyak anak-anak yang keluar berwarna Kembang Lilin bagi yang jantan dan hitam warna yang bertina. Saya sebenarnya tak berapa minat dengan induk yang berwarna hitam dan banyak induk-induk warna ini telah saya sembelih malah bagi kat orang tak ada siapa yang mahu sebab warna hitam. Hanya saekor sahaja yang saya tak sembelih sebabnya waktu operasi penyembelihan ayam ini masih kecil lagi. Ketika induk ini meningkat menjadi induk dara saya dapati satu perubahan kepada induk dara itu dimana kepala ayam itu telah ketar dan selam. Saya mencuba untuk dikacukkan dengan bapak ayam yang saya pinjam dari kawan saya untuk melihat anak yang keluar dari induk itu. Cubaan yang pertama saya perolehi anak jantan yang punyai dada timbul tetapi kurang penjagaan dari saya ayam itu telah mati. Untuk breeding ke 2 saya guna bapak lain dan saya perolehi seekor anak jantan yang sekarang ayam itu ada kat Sabah. Untuk breeding yang ke 3 saya guna bapak lain pula (salasilah bapak saya terputus tetapi saya suka tengok gaya bapak yang selam) dan saya peroleh 2 ekor anak jantan. Seekor telah dimiliki oleh kawan saya dan saya yang ayam muda kelabu ini. Tujuan saya paparkan sedikit salasilah ayam muda kelabu ini supaya kepada sahabat-sahabat diluar sana agar jangan cepat merasa kecewa kalau mempunyai ayam yang tak begitu bergaya semasa anak sehingga remaja kerana perubahan ayam sentiasa berubah apabila memasuki kategori dengan syarat jika kita mempunyai ayam yang datang dari baka-baka yang tersohor. Perubahan ini dapat dilihat sebagaimana ayam muda kuning kelabu semasa remaja yang sebagaimana ada dalam blog ini anak remaja.

Rabu, 12 Ogos 2009

Penjagaan Anak Ayam

Salam

Saya ada sedikit petua untuk memastikan anak ayam sihat. Memang menjadi harapan setiap pemilik ayam serama yang apabila menetas akan merasa gembira kerana proses kacukan telah menampatkan hasil. Tetapi ada sedikit kecewa kadangkala anak ayam boleh hidup dalam 2-3 hari je dan lepas tu mati. Yang tinggal dengan indukpun mati juga. Itu pengalaman yang saya lalui. Kawan saya mencadangkan supaya anak ayam ditabur dengan skol (bunga lalang yang diberi makan kat burung). Ternyata cara ni memberi galak sedikit pada anak-anak ayam, peratus untuk mati boleh dikurang sedikit. Petua yang kawan saya berikan ini ada gunanya. Kebersihan seperti memastikan supaya najis tak melekat kat buntut ayam selalu diperiksa. Kalau ada cepat-cepat buang najis kerana kemungkinan boleh membawa mati kalau najis melekat kat buntut ayam.

Selasa, 11 Ogos 2009

Bapak Untuk Baka

Salam

Disini saya ingin berkongsi sedikit pengalaman kepada peminat-peminat ayam serama bagaimana untuk memilih bapak untuk dijadikan sebagai pembaka. Dalam konsep yang saya amalkan melalui pemerhatian daripada penternak-penternak yang berjaya adalah melalui kaedah persamaan baka atau dalam kata lain biar sijantan dan bertina mempunyai hubungan baka yang sama. Hubungan baka yang sama dimaksudkan disini ialah jantan dan bertina ada baka yang sama sekalipun telah bercampur baka TETAPI pastikan ada kaitan. Contoh bapak (ada baka mat awang, husin, limbat, awi) dan induk pula (nik rashid, mie lukisan, mat awang, husin) antara bapak dan induk tak semua sama darah tetapi ada yang sama jadi dalam kaedah ini boleh dimasukkan benih dan anak yang keluar nanti akan ada sedikit perbezaan seperti ada yang keluar bulu hala ke tebal, ada yang kemas dan anak mungkin berbeza warna. Disini pemilihan anak ke arah pertandinagn (yg mempunyai ciri-ciri untuk bertanding) dan anak yang biasa. Anak yang biasa yang maksud saya mungkin sesuai untuk dibuat baka kerana ayam seperti ini mungkin nampak kasar (besar) tetapi dalam badan ayam itu telah tersimpan baka-baka. Dalam proses ini pemilihan induk penting juga dimana kecenderungan bentuk badan perlu diambilkira. Sebenarnya ada banyak sangat kaedah dipakai oleh penternak ayam serama dan apa yang saya paparkan adalah dari satu bahagian. Walaubagaimanapun apa yang kita usahakan ini dan akhirnya kita kena percaya kepada rezeki. Pentingnya usaha dahulu. Harapan saya kepada peminat serama janganlah sekali-kali mudah berputus asa sekiranya usaha pertama atau kedua gagal kerana kejayaan datang dari kegagalan.

Jumaat, 7 Ogos 2009

Selsema Babi - H1N1

Assalamulaikum dan salam sejahtera
Sekarang ini seluruh dunia dikejutkan dengan wabak selsema babi. Hari-hari ada saja kita mendengar tentang kematian akibat terkena virus ini. Akibat virus ini beberapa pertandingan ayam serama terpaksa dibatalkan bermula dari pertandingan yang hendak diadakan pada 1 Ogos 2009 di Kuantan, Pahang dibatalkan. Begitu juga pertandingan terbesar pada 8 Ogos 2009 di Bachok, Kelantan dibatalkan juga. Dengar cerita yang kat Alor Setar pada 15 Ogos 2009 dibatalkan juga. Pembatalan ini disebabkan penularan virus ini dimerata-rata tempat dan bagi meredakan suasana langkah terbaik ialah tangguhkan dahulu pertandingan dan kemungkinan selepa hari raya aidil fitri mungkin akan diadakan jika virus ini tidak menjadi ancaman lagi. Oleh itu masa yang terbaik sekarang masukkan dengan induk-induk untuk buat anak. Sikit lagi bulan puasa jadi ruang-ruang untuk proses breeding adalah yang paling bagus kerana tak ada pertandingan.